fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Teknologi Microemulsion Beri Kulit Lembab
Tip Miliki Kulit Wajah Berseri Lagi Sihat
Dior Addict Pilihan Terbaik Lipstik GLAM
5 Jenama Kecantikan Lokal Berasaskan Vegan
Strategi Oles Gincu Rona Plum
Home > Cantik > Rahsia Tubuh Cantik Sharifah Sakinah

Rahsia Tubuh Cantik Sharifah Sakinah

SharifahSakinah4

Ikuti temu bual eksklusif bersama pelakon Sharifah Sakinah mengenai rahsianya dalam mengekalkan kesihatan badan.
 
Cara jaga badan?
Sebelum ini saya konsisten dalam bersenam. Tapi kini saya lebih mementingkan metabolisme dalam badan. Kenaikan berat badan adalah kerana metabolisme badan yang rendah. Cara untuk menaikkan metabolisme tersebut adalah dengan minum air putih yang banyak sebelum sarapan.
 
Senaman yang sering dilakukan?
Saya sukakan senaman kardio dan yang merangsang tenaga di gym. Saya juga selalu ke gym seorang diri untuk mengelakkan gangguan supaya lebih fokus.
 
Tip kesihatan mudah untuk pembaca GLAM?
Minum air putih dalam kuantiti yang banyak kerana ianya membantu dalam menyeimbangkan berat badan.
 
Inspirasi fitness?
Media sosial. Saya sering mengikuti perkembangan mereka yang mementingkan kesihatan di media sosial dan secara tidak langsung ianya memberi semangat untuk ke gym.