Roh Eropah Mewah Glamor Sunway Rymba Hills

Roh Eropah Mewah Glamor Sunway Rymba Hills

Teks: Nadia Zolkifli
Penata Gaya & Arahan Seni: Afiq Khairudin
Gambar: Wan Izhar/One Digital Soulution
 
Sunway Rymba Hills__
 
Rizalman Ibrahim sekali lagi melakar sentuhan magisnya di Sunway Rymba Hills. Kekal bermain spektrum kelam elegan dalam biasan aksesori kaca dan kristal, roh eropah mewah lama mengalir tegar menyelubungi jiwa sang penghuni.
 
Melangkah masuk ke perkarangan kediaman tiga tingkat ini, roh Eropah glamor serta-merta menyapa setiap satu rongga pancaindera. Adunan rona-rona gelap mewah menyelubungi segenap ruang kediaman mencipta gaya mewah nan elegan. Gemerlapan cahaya lampu kristal candelier dempak bergantungan indah di tengah-tengah kamar tamu utama memercik mood kemilau klasik. Ajnas reka bentuk, bahan sofa dan kerusi ditempah eksklusif pereka diatur indah membentuk reka pelan kamar tamu konvensional. Cermin dempak berbingkai kayu sarat ukiran halus tangan didatangkan eksklusif dari bandar Bangkok membentuk titik fokal kamar tamu utama.
 
Dikemudi pereka tersohor negara, Rizalman Ibrahim, kediaman ini mengambil tempoh dua setengah purnama untuk disempurnakan. Struktur kediaman meliputi kamar tamu utama, ruang bersantap dan dapur di aras dua. Manakala, aras tiga terbina kamar-kamar beradu dan aras bawah; ruang hiburan dan kamar tetamu.
 

See also
Fokus - Jadikan Kamar Kecil Bergaya

[soliloquy id="40151"]