Filem Warner Bros. 'Crazy Rich Asians' Memilih Henry Golding Sebagai Watak Lelaki Utama - Glam Malaysia

Filem Warner Bros. ‘Crazy Rich Asians’ Memilih Henry Golding Sebagai Watak Lelaki Utama

Dalam kesibukan dan keterujaan orang ramai mengenai filem terbaru daripada Warner Bros. ‘Crazy Rich Asians’ yang merupakan sebuah adaptasi daripada buku best-selling oleh Kevin Kwan.

 

Apa yang menarik mengenai filem ini adalah, mereka mahukan semua pelakon untuk filem ini berketurunan Asian dan kerana itu mereka telah membuat panggilan kasting untuk pelakon berketurunan Asian di setiap pelusuk dunia.

 

Filem yang akan diarahkan oleh Jon M. Chu ini telah pun memperoleh Constance Wu yang akan memainkan watak Rachel Chu (protagonis wanita).

 

Foto: henrygolding.com

Berita gembira dan turut menjadi kebangaan negara kita adalah bakat tempatan Henry Golding telah terpilih untuk memainkan watak protagonis lelaki filem tersebut, Nick Young.

 

Selain itu, pelakon wanita tanah air yang sudah mencipta nama di persada dunia Michelle Yeoh pula akan memainkan watak ibu kepada Nick, Eleanor Young.

The story follows Rachel Chu (Wu), an American-born Chinese economics professor, who travels to her boyfriend Nick’s (Golding) hometown of Singapore for his best friend’s wedding. Before long, his secret is out: Nick is from a family that is impossibly wealthy, he’s perhaps the most eligible bachelor in Asia, and every single woman in his ultra-rarefied social class is incredibly jealous of Rachel and wants to bring her down.

Henry yang merupakan kacukan mat salleh (bapanya berasal daripada England) dan suku kaum Iban selama ini hanya muncul di kaca TV sebagai pengacara dan tidak pernah membuat kemunculan di layar perak. Ini merupakan langkah yang besar buat Henry dalam kerjayanya.

See also
Seni Merancang Sepatu, Giuseppe Zanotti X Neelofa

 

Congrats to Henry and Michelle!