Pengalaman 12 Tahun Melonjakkan Idayu Sebagai Juara AF Megastar
Berlangsung di Royal Theatre Shah Alam semalam, konsert akhir AF Megastar telah menyaksikan anak kelahiran Kelantan Nur Farah Idayu Yaakob, atau lebih dikenali sebagai Idayu, sebagai juara sulung rancangan realiti popular Malaysia ini.

Foto Instagram/akademifantasia
Mula melakar namanya dalam industri seni tempatan pada tahun 2005 melalui Akademi Fantasia Musim Ke-3, Idayu walaupun tersingkir pada minggu keempat tidak membenarkan detik itu menjadi penentu kariernya sebagai seorang penyanyi.
Idayu menerima hadiah trofi AF Megastar, wang tunai RM100,000, percutian ke Turki, dan juga e-Gift daripada Go Shop bernilai hampir RM6000.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” ucap Idayu.
Idayu berjaya memukau rakyat Malaysia dengan vokalnya sambil dia mendendangkan dua buah lagu “My All”, nyanyian asal vokalis lagenda Mariah Carey, dan juga lagunya barunya sendiri berjudul “Selamanya,” ciptaan Amylea Azizan.
Malam bersejarah buat Idayu itu juga turut disaksikan dan diiringi komen dan kritikan daripada tiga juri terhormat: Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat, dan Datuk Awie.
Bob Yusof mempersembahkan lagu terbarunya “Terbuang Dalam Pelukan” hasil nukilan dirinya sendiri, komposer Hafiz Hamidun dan lagu pilihannya “Bukan Dia Tapi Aku” nyanyian asal oleh Judika.
Marsha pula mendendangkan lagu asal hasil nukilan Ezra Kon, Omar K, dan Dilyla Khalid,”Hilang,” dan lagu nyanyian asal Kris Dayanti, “Pilihlah Aku.”
Juara Duo Star, Syamel, pula menyanyikan lagunya sendiri “Biar Cinta” dan telah memilih lagu oleh Datuk Jamal Abdillah “Seniman Menangis.”
Syamel, juara AF8, pula mendenangkan lagu asli olehnya dan Awi Rafael “Mama Jangan Pergi” dan juga lagu pilihannya “Tapi Bukan Aku” oleh Kerispatih.
Artikel Berkaitan
test instagram
Diari Deko – Katalog IKEA Baharu 2020
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Di...
Kelibat Kereta Hitam Di Kawasan Kemalangan. Benarkah Kematia...
Anak Lelaki Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Muda I...
Cipta Sejarah! Neelofa Wanita Berhijab Pertama Bintangi Kemp...
LUST NIGHT membawakan koleksi terbaru daripada Saint Laurent
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
