Selena Gomez: Kisah Di Sebalik Pembatalan Konsert dan Pusat Pemulihan - Glam Malaysia

Selena Gomez: Kisah Di Sebalik Pembatalan Konsert dan Pusat Pemulihan

Selena Gomez menarik perhatian umum apabila dia membatalkan konsert jelajah dunia Revival pada Ogos tahun lepas dan kemudiannya mendaftar masuk ke sebuah pusat pemulihan di Tennesse.

 

Foto: Mert Alas and Marcus Piggott

Dengan muka hadapan pertamanya untuk Vogue dia juga turut berkongsi kisah pemulihannya selepas membatalkan konsert jelajahnya.

 

“Konsert jelajah merupakan satu tempat yang sunyi buat saya. Harga diri saya seperti sudah tiada. Saya kemurungan, gelisah. Saya mula mengalami serangan panik sebelum ke atas pentas, atau selepas turun pentas. Saya merasakan saya tidak cukup bagus, tidak berkemampuan. Saya merasakan saya tidak memberikan peminat saya apa-apa, dan mereka juga tahu,” terang penyanyi berusia 24 tahun itu.

 

Foto: Mert Alas and Marcus Piggott

“Apa yang saya ingin katakan adalah kehidupan ini penuh dengan tekanan, dan saya hanya ingin melarikan diri. Tetapi saya sendiri masih mencari jawapan dalam hidup saya, jadi saya rasa saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan untuk dikongsikan. Dan saya berfikir yang semua orang di luar sana mungkin berkata, ‘Ini membuang masa kami.’”

See also
Ralph Lauren Pink Pony 2021, 21 Tahun Usaha Memerangi Kanser

 

Mengenai pusat pemulihan yang Selena lawati untuk mendapatkan bantuan pula dia menyatakan perassaan luar biasa yang dirasainya bersama dengan enam orang gadis yang tidak mengambil kisah perihal dirinya dan mereka juga sedang berjuang untuk hidup mereka.

 

“Ia merupakan perkara paling sukar pernah saya lakukan, tetapi juga perkara yang terbaik saya pernah buat.”

 

Dalam temu bual itu Selena juga membuat pengakuan yang foto-foto yang dikongsikan pada Instagram peribadinya bukan dikendalikan oleh dirinya tetapi pembantunya.

 

Dia sendiri sudah jemu dengan aplikasi tersebut sehingga tidak mengingati ID dan kata laluan akaunnya.