Mengembara Bersama Louis Vuitton - Glam Malaysia

Mengembara Bersama Louis Vuitton

Sejak 1998, Louis Vuitton telah berkongsi keunikan kota dunia menerusi City Guides yang menawarkan pelbagai pilihan alamat bandar-bandar menarik di negara pilihan anda. Pada 15 Oktober, koleksi City Guides ini bakal berkembang dengan penambahan empat bandar baharu iaitu; Amsterdam, Lisbon, San Francisco dan Taipei.
 
City Guides turut mengemaskini beberapa negara seperti Paris, Cape Town, Mexico City, Moscow, Seoul, Shanghai dan Singapura dengan menambah alamat baru yang wajib dicuba.
 
Untuk memberikan pengalaman yang lebih  realistik kepada pengguna, Louis Vuitton turut menjemput beberapa personaliti Bandar tersebut untuk berkongsi apa yang menarik tentang tempat tinggal mereka.
 
Antaranya adalah Amanda Lear berkongsi tentang keindahan, makanan, sejarah dan tempat-tempat menarik di Paris.
 
City Guides memfokuskan pada trend terkini dan menawarkan cadangan yang unik dan maklumat yang sentiasa dikemaskini dan disesuaikan mengikut jenis pengembara sama ada pelancong yang ingin bersantai, business travellers ataupun untuk penduduk di bandar itu sendiri.
 
City Guides turut menawarkan pilihan tempat penginapan dari hotel mewah sehinggalah rumah tumpangan, dari restoran mewah sehinggalah ke bistro tempatan, dari pasar jalanan ke kedai-kedai makan malah City Guides turut menawarkan tempat bersejarah yang boleh dikunjungi dari muzium ke monument rahsia. Selain itu, City Guides turut memberi pengguna pandangan pakar mengenai bandar-bandar yang ingin dikunjungi.
 
Dilancarkan pada tahun lepad, aplikasi ini menawarkan 29 bandar di seluruh dunia  dan bribu-ribu alamat yang dikemasikini setiap suku tahun. Aplikasi ini menawarkan alamat rahsia, peta bandar, acara kebudayaan dan gambar-gambar eksklusif. City Guide adalah solusi untuk pengalaman pengembaraan yang terbaik.
 
lvcg-2015-planche04-fr-rvb
 
lvcg-2015-planche03-fr-rvb

See also
Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live