fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pemergian Stan Lee Meninggalkan Legasi Besar Kepada Dunia Hiburan
Behati Prinsloo dan Adam Levine Kongsi Gambar Anak Sulung
Penelope Cruz Sebagai Donatella Versace Untuk Versace: American Crime Story
Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!
Maria Grazia: #THEWOMENBEHINDMYDRESS

Joe Flizzow Mengangkat Nama Malaysia di MTV EMA 2018

Sudah hampir dua dekad menceburi industri muzik, rapper tanah air Joe Flizzow telah melonjakkan lagi namanya dan juga industri muzik Malaysia di MTV EMA 2018 yang diadakan di Bilbao Exhibition Centre, Sepanyol.

 

Rapper berbakat itu merupakan penerima anugerah Penghibur Terbaik Asia Tenggara 2018 sekaligus mengalahkan Afgan (Indonesia), IV of Spades (Philippines), Minh Hang (Vietnam), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), dan Twopee Southside (Thailand).

 

Joe Flizzow, atau Johan bin Ishak, mula menempa nama sebagai salah seorang daripada duo Too Phat pada tahun 1998 bersama Malique. Duo ini telah membantu mengubah dan memberi impak kepada genre hip hop di Malaysia dengan aksi-aksi mereka.

 

Anugerah ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2013 dan Joe Flizzow merupakan anak Malaysia pertama yang berjaya meraih anugerah ini.

 

 

Menujukan anugerah ini kepada para peminatnya Joe Flizzow turut menambah, "Saya percaya ini membuktikan walaupun bilangan kita kecil, tetapi apabila kita bersatu, kita bisa mencapai apa sahaja."

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse