Majlis Pertunangan Fazura & Fattah Amin Penuh Makna
Aktres Fazura dan aktor Fattah Amin telah mengesahkan yang mereka kini sudah bertunang pada 13 November yang lalu sewaktu sesi sidang media petang semalam beberapa jam selepas mereka tiba di Malaysia.

Fazura dan Fattah Amin sewaktu sidang media rasmi 23 November 2018
Foto Farhana Fuad
Pada hari Fazura, Fattah Amin dan keluarga mereka berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama, dunia media ibarat dilanda ribut kencang apabila spekulasi menyatakan malam sebelum mereka berangkat itu satu majlis tertutup diadakan di rumah nenek Fazura dan beberapa laporan menyatakan majlis tersebut merupakan majlis pernikahan pasangan tersebut.
"Pada 13 November, keluarga saya telah menghantar rombongan untuk merisik dan seterusnya rombonga bertunang ke rumah keluarga Fazura dan alhamdulillah perjalanan majlis merisik dan bertunang itu telah selamat dijalankan," nyata Fattah di samping Fazura.
Fattah juga menyatakan memang dalam perancangan mereka untuk mendedahkan segalanya kepada pihak media sejurus selepas mereka pulang daripada menunaikan ibadah umrah. Ini juga merupakan permintaan keluarga kedua-dua belah pihak dan juga niat mereka untuk memberikan lebih tumpuan kepada ibadah mereka.
Selepas menafikan pernikahan mereka yang tidak pernah berlaku itu, Fazura dan Fattah kini sedang melalui proses permohonan pernikahan dan sedang bersiap sedia untuk menghadiri kursus perkahwinan.
Tentang pernikahan mereka pula, pasangan itu memohon jasa baik pihak media untuk menghormati keputusan mereka untuk mengadakan majlis nikah mereka secara tertutup dan hanya untuk pihak keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
Dengan kesibukan jadual masing-masing, Fazura dan Fattah masih lagi dalam proses perbincangan untuk menentukan tarikh rasmi untuk majlis resepsi kelak.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Mengenali Kekuatan Koleksi HardWear Oleh Tiffany & Co.
Jun 11, 2026
Bella Astillah & Syed Saddiq Cetus Inspirasi ‘Fit-Inspo’ Bersama
Jun 11, 2026
Wanita-Wanita Di Sebalik Bintang Pemain FIFA World Cup 2026
Jun 11, 2026
TIMETIC Timeless Ritual Antara Rawatan Rambut Paling Berkesan
Jun 10, 2026
Kejelitaan Abadi Che’ Puan Khaleeda Yang Menambat Hati Rakyat
Jun 10, 2026
Gucci Bawa Pesona Musim Panas Ke Monte Carlo
Jun 10, 2026
Ini Cincin Perkahwinan Yang Menjadi Dambaan Wanita
Jun 10, 2026
