fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Gaya Dekorasi & Perabot Popular 2016
Kehidupan Pasca Covid-19: Bersedia untuk “New Normal”
Sajian – Resipi Pasta Pepperoni Daging dan Tomato Berkrim
Bicara Deko – GLAM Deko x Acacia Fabrics
Ashraf Sinclair Pergi Buat Selamanya…

Kolaborasi “At Home With” Pertama H&M Home bersama Poppy Delevingne

H&M Home berkerjasama dengan pelakon, model dan ikon stail British, Poppy Delevingne untuk wajah pertama kempen "At Home With". H&M memilih pelakon, moden dan ikon stail British, Poppy Delevingne sebagai wajah pertama kempen, "At Home With" oleh H&M Home. Kediaman Poppy di West London yang bernada eklektik, disimbahi multirona pop, kaya tekstur mewah di setiap ruangan hidup menjadi paksi reka bentuk koleksi ini.

Spektrum warna hijau lumut, kelabu gelap, marun mendalam, coklat, sarat mainan paten flora dan fauna dan tekstur mewah baldu, bulu, kaca dan tembaga membias gaya glamor, eklektik dalam masa sama sofistikated dan fun refleksi identiti gaya Poppy.

"Kediaman adalah sarang yang dipenuhi perkara - perkara yang anda sukai dan sayangi. Saya teruja kerana kempen ini mencipta kepelbagaian gaya dan fungsi untuk mencipta kediaman yang dirasakan sesuai oleh sang penghuni. Saya suka kerana dapat mengekalkan gaya yang gemar bermain tekstur, kemasan dan warna," ujar Poppy Delevingne.

Koleksi At Home With boleh didapati di rangkaian H&M Home di pusat beli-belah Avenue K, Kuala Lumpur.

Slide untuk lihat gambar.

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

4 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse