Godaan Penanda Waktu Louis Vuitton
Sejak dilancarkan pada 2002, jam tangan Tambour telah menampilkan bentuk yang unik dan reka bentuk signatur unggul. Tambour Moon telah diperkenalkan pada 2017, mengekalkan semangat asal sambil memberi penampilan ekspresif yang baru dengan keluk ke dalam pada case yang mengingatkan bulan sabit. Terima kasih kepada reka bentuk dail dan kemungkinan penyesuaian yang tidak berkesudahan yang ditawarkan oleh palet lebih daripada 100 tali saling ditukar ganti, Tambour Moon menegaskan semangat perjalanan dengan komplikasi GMT. Untuk pertama kalinya, bentuk cekung mewujudkan gagasan refleksi kedalaman dan unik. Paparan zon waktu 24 jam menjadikannya jam tangan GMT direka dengan sifat feminin - diameter 35mm, 39.5mm atau 44mm. Dan sementara tangan memaparkan waktu setempat, masa di rumah dapat dibaca dengan sempurna pada dail sunray-brushed or shot-blasted.

Case keluli menjadikan Tambour Moon Dual Time mewah menerusi pelbagai pilihan menarik dari segi warna, reka bentuk dan kemasan. Versi wanita datang dalam warna hitam atau merah, dan versi yang lebih berharga juga tersedia dengan bertatahkan berlian. Untuk jejaka, kemasan PVD antrasit memberi penampilan yang sangat dinamik. Semua model dalam koleksi Tambour Moon Dual Time yang baru mempunyai pergerakan kuarza - juga sangat tepat dan mesra pengguna, menjadikan jam tangan dapat di akses oleh semua orang yang gemarkan gaya Louis Vuitton. Ekspresi kontemporari seni perjalanan untuk dipakai di pergelangan tangan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
May 28, 2026
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
May 28, 2026
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
May 28, 2026
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
May 26, 2026
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
May 26, 2026
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
May 25, 2026
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
May 25, 2026

