Related Stories
Datin X tak kenal dia, cuma dengar kisahnya saja. Farhana usianya hampir separuh abad tapi sering kali disalah anggap sebagai wanita 30-an. Mukanya jika diteliti, agak droopy. Tapi badan saling tak tumpah macam anak dara. Langsing tanpa sebarang lemak menggeleber, kulit mulus bagai masih muda remaja. Senyum sampai ke telinga setiap kali mendengar puji-pujian awet muda. Bila ditanya rahsianya, jawabnya bangga, “Yoga.”

Memang semua tahu yang Farhana amat berdisiplin dalam mengikuti jadual yoganya. Boleh dikatakan setiap pagi dia ke kelas yoga dan teramat jarang ponteng kelasnya. Ke sana ke mari asyik berbaju sukan spandex ketat sambil menjinjing mat yoga, Farhana bangga menayang tubuhnya yang fit itu.
Satu hari, Farhana tiba-tiba collapse sewaktu sedang mempraktikkan yoga. Dibawa ke wad kecemasan, sedikit demi sedikit rahsia tubuhnya yang muda remaja itu pun terungkai. Sebaik sedar, Farhana cepat-cepat mengarahkan dia dihantar ke hospital swasta. Katanya, doktor peribadinya berkhidmat di hospital berkenaan. Risik punya risik, rupa-rupanya Farhana ini kaki ‘sedut’. Maksud Datin X, Farhana ketagih membuat liposuction. Bukan Datin X nak kata prosedur sedut lemak ini bahaya, tapi Farhana degil enggan ikut nasihat pakar. Asyik mahu menyedut lemak hinggakan doktor menolak permintaannya sebab terlalu kerap dan dirisaukan membawa kemudaratan.
Farhana nekad mahu membuat liposuction di luar negara. Khabarnya sudah beberapa kali dia sedut lemak di Korea dan kesan kekerapan itu, Farhana pengsan dan akibatnya dikhuatiri penyakit yang lebih serius lagi. Sudah berminggu-minggu terlantar di wad kelas pertama, tiada siapa tahu apa sakitnya tapi ada sumber memberitahu yang bahagian paha Farhana sekarang ini seakan berlubang-lubang, membengkak malah bernanah.
Iktibar dari cerita ini, dengarlah nasihat pakar dan usah kemaruk sangat nak cantik hingga membahayakan kesihatan. Tak ada untungnya bila tubuh breakdown daripada sihat ke sakit, daripada aktif ke lemah. Kasihan juga Datin X pada Farhana sebab kata kawan, tidak tahulah bila boleh sembuh seperti sedia kala. Lebih sedih, tiada kawan-kawan dibenarkan melawatnya kerana segan dilihat terbaring selekeh, pucat tidak bersolek!
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh Arab
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Curang Dengan...
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With The Stars
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
