Related Stories
YM Tengku Munazirah Mahu Menyumbang Kepada Masyarakat
YM Tengku Munazirah Binti Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj, 29, memiliki darah diraja Selangor daripada bapanya YAM Tengku Panglima Besar Selangor Brig Jen (Kehormat) Tengku Abdul Samad Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj manakala kerabat Negeri Sembilan daripada bonda Al-Marhumah YM Hajjah Tunku Abdiyah binti Al-Marhum Tunku Dato Seri Adnan.
Ikuti kisah kehidupan beliau sebagai keluarga diraja Selangor dan Negeri Sembilan daripada temubual ringkas kami.
[envira-gallery id=”69335″]
Bagaimana perasaan menjadi sebahagian keluarga diraja?
Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga diraja, memiliki ibu bapa yang memastikan saya sentiasa merendah diri dan pasti peranan ini diberikan bersebab.
Bagaimana anda dibesarkan?
Ibu bapa saya memastikan saya dan abang memiliki kehidupan seperti kanak-kanak biasa; kami diajar bukan semua indah dalam kehidupan dan paling penting untuk bekerja bagi mendapatkan apa dimahukan.
Semakin meningkat usia, saya sedar akan konsep menjadi kerabat diraja dan saya faham bahawa terdapat tanggungjawab yang diamanahkan oleh Tuhan dan menggunakan status ini untuk kebaikan dan menyumbang kembali kepada masyarakat.
[envira-gallery id=”69338″]
Apakah yang paling menarik tentang menjadi seorang ahli kerabat diraja?
Pada alaf globalisasi ini, adat dan tradisi makin lapuk ditelan zaman. Kami berkeras untuk memastikan adat-adat tradisi yang dipraktikkan di negeri Selangor sejak tahun 1700 kekal diterapkan dalam jati diri setiap satu ahli keluarga kami. Kami sememangnya mengambil endah akan perihal adat istiadat dan tradisi. Tamsilnya, kami masih gunakan Bahasa Istana di kalangan ahli-ahli kerabat — Bak kata pepatah “biar mati anak jangan mati adat”.
Berikan 5 fakta menarik tentang keluarga diraja YM.
- Asal-usul kerabat Diraja Selangor ialah dari Riau, Indonesia dan berkacukan Bugis. Nenek moyang kami merupakan pahlawan.
- Kebiasaannya, kami semua memandu kereta sendiri. Seluruh keluarga saya suka memandu apa lagi jarak jauh.
- Setiap hari Jumaat, kesemua ahli keluarga sebelah Almarhumah bonda saya akan ke rumah Nenda untuk santapan tengahari setelah selesai solat Jumaat. Tradisi sejak saya kecil lagi.
- Ayahanda saya sangat garang. Pada satu ketika dahulu saya tidak dibenarkan keluar pada malam Jumaat dan saya harus pulang sebelum pukul 12. Saya baru dapat “kebebasan” saya lima tahun lalu setelah memikul banyak tanggungjawab di syarikat saya.
- Kesemua sepupu saya sebelah Negeri Sembilan, keluarga Almarhumah bonda saya, pandai bermain dengan alat muzik.
Sebagai seorang kerabat diraja, adakah anda mempunyai kesedaran untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat jelata?
Of course! Saya percaya bahawa Allah telah memberikan amanah kepada saya untuk menggunakan posisi saya untuk kebaikan komuniti umum, di samping memberikan suara kepada mereka yang memerlukan. The Hope Factory Malaysia ialah sebuah perusahaan sosial yang saya telah asaskan pada tahun 2012 bukan sahaja untuk menyumbang kembali kepada mereka di Selangor, malah buat seluruh rakyat Malaysia di enam kawasan berbeza, khasnya buat mereka yang memerlukan. Ia merangkumi rawatan perubatan, perlindungan kanak-kanak, pendidikan, pencegahan wabak kebuluran serta ahli kesedaran akan hak-hak haiwan kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
