Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas
Perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang memakan masa hampir empat hari untuk disempurnakan selayaknya menjadi tajuk perbualan orang ramai.

Saat Priyanka Chopra tampi dipimpin ibunya, Madhu Chopra, dunia tergamam menyaksikan keanggunan Priyanka dalam persalinan Ralph Lauren yang bertambah megah dengan vel tulle berukuran 75 kaki. Setiap langkah yang diambil Chopra menuju ke arah cinta abadinya, Nick Jonas, membuatkan si suami menitiskan air mata kegembiraan.
“Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang puteri di hari bahagianya. Tetapi saya tidak pernah mempunyai perancangan akan apa yang saya ingin jadi,” terang Priyanka kepada People.
Pasangan ini bertukar ungkapan ‘I do’ melalui upacara perkahwinan Kristian yang dirasmikan oleh bapa Nick iaitu Paul.
Upacara perkahwinan Hindu pula diadakan pada keesokan harinya. “Berpeluang untuk mengadakan dua buah majlis besar-besaran di India bersama keluarga dan rakan rapat kami adalah detik yang sangat sangat istimewa,” ujar Priyanka.
Chopra dan Jonas mengakhiri upacara perkahwinan mereka pada hujung minggu lalu dengan upacara Bidaai, sebuah upacara buat pengantin di mana keluarga Priyanka memberikan restu buat kehidupan baharunya bersama Jonas.
Tidak sampai di situ sahaja. Pada hari Selasa (4 Disember 2018), pasangan pengantin baharu ini bersama keluarganya menyambut perkahwinan mereka sekali lagi di dalam sebuah resepsi di Delhi.
Priyanka dilihat sangat menawan dalam lehenga berona krim bermanik, pakaian tradisional labuh panjang, skirt bersulam dengan blaus cropped lengan panjang serta shawl draped dupatta. Nick pula mengenakan tuksedo navy.

Gambar : Altaf Qadri/AP/REX/Shutterstock
Pasangan ini juga memuat naik gambar perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen yang menambat hati orang ramai, “And forever starts now,” tulis Priyanka. Manakala Nick pula menulis, “Happiest day of my life.”
Lihat setiap gambar terindah di perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas di bawah.

Gambar : PEOPLETV
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
