
Cinta pada dunia fesyen membawa namanya gah di gelanggang fesyen tanah air. Tampil dengan indentiti tersendiri, Amir Luqman terus meniti kemasyhuran.
Antara momen paling bermakna?
Di saat rekaan saya dinobatkan tempat ketiga terbaik dari 89 negara dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Global Beauties. Kostum kebangsaan yang disarung Deborah Henry di pentas berprestij Miss Universe 2011.
Bagaimana anda menggambarkan nilai sofistikated namun feminin dalam setiap rekaan anda?
Daripada pemilihan fabrik, warna dan siluet rekaan. Setiap pereka fesyen perlu bijak padan atur setiap elemen itu dan ia harus ada timbang tara.
Apakah yang membuatkan rekaan anda berbeza dari pereka sekarang?
Semestinya karakter dan keikhlasan pada rekaan. If you are not true to yourself you never find the originality. Saya percaya aura diri harus ada dalam setiap karya yang dihasilkan dan I’m not happy to be somebody else. I will apply both feminine and masculine in my designs just like myself.
Inspirasi sering kali muncul dari pelbagai imaginasi, bagaimana anda merealisasikannya?
Saya sering menerapkan diri sendiri pada rekaan saya setiap musim. Bayangan akan sempurna melalui penelitian. Saya harus faham dan percaya pada apa yang saya ingin lakukan maka dengan itu ia berakhir dengan reality, Amir Luqman adalah Amirluqman.
Adakah terdetik untuk ke peringkat antarabangsa? Mungkin Asia Pasifik? (Indonesia, Thailand & Singapura)
Rekaan saya kini sudah mendapat tempat di Indonesia, Singapura, Thailand malah sejauh Istanbul dan Milan. Bagi saya to do big outside harus penuh hati-hati dan perancangan yang bijak. I always remember “pyramid is not build in one day”.
Pandangan anda tentang suasana fesyen semasa di Malaysia secara khususnya dan Asia secara amnya?
Industri fesyen Malaysia sedang membangun. Not there yet but good news is, its better than 10 years back. Saya memuji usaha Andrew Tan dalam memulakan Minggu Fesyen Kuala Lumpur ready-to-wear. Saya dapat melihat industri fesyen akan lebih bermanfaat untuk semua termasuklah pereka dan pengguna. Lihat situasi fesyen di Singapura kenapa minggu fesyen mereka lebih berkesan dari kita? Kerana mereka menampilkan rekaan yang boleh dijual. We need more designs that is marketable.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
