Kenali Sophie Kamaruddin, Pengulas Berita Bloomberg TV Malaysia

Kenali Sophie Kamaruddin, Pengulas Berita Bloomberg TV Malaysia

Sophie Kamaruddin
 
Dia muka baru yang menghiasi dunia penyiaran. Merupakan pengulas berita Bloomberg TV Malaysia, segalanya bermula semasa dia menyertai latihan praktikal di Syarikat CNBC Asia. “I was very blessed that I always surrounded by motivating personalities during my internship with CNBC Asia. Berjumpa dengan para pemimpin dunia korporat, agensi kerajaan dari negara luar, pertembungan dengan personaliti baru yang mahu meningkat naik memberi saya inspirasi untuk terus memandang ke hadapan. Sesungguhnya saya berasa sangat bersyukur dan rendah diri dengan tawaran yang ditawarkan oleh Bloomberg TV Malaysia. Sewaktu saya membesar, cita-cita ingin menjadi diplomat kerana dek terpengaruh dengan darah yang mengalir dalam diri. Datuk di sebelah ibu adalah pejuang anak bangsa. Dia menabur bakti dalam bidang ketenteraan. Di sebelah ayah pula keluarganya sangat berjiwa patriotik yang tulen. Saya sudah diajar sedari kecil lagi dengan nilai-nilai patriotisme dan ia adalah asas kepada kekuatan dan keyakinan diri.”
 
“Sejurus tamat pengajian di Universiti Georgetown dalam fakulti Foreign Service atau Khidmat Luar Negara yang hanya dua kilometer jauhnya dari White House, saya pulang ke tanah air. I began in public policy consulting before joining a think tank dedicated to ASEAN integration. Lalu berkecimpung ke dalam bidang penyiaran di CNBC Asia di Singapura sebagai intern. Tiap hari saya belajar, semuanya hendak diambil tahu. Rasanya itulah bidang media, bukan? Bila mendapat panggilan untuk menyertai Bloomberg TV Malaysia, saya langsung tidak beragak kerana jauh di sudut hati saya tahu saya adalah sebahagian darinya.”
 
Berdarah campuran Melayu dan Ireland, Sophie terus meluaskan spektrum dalam bidang kewartawanan. “Mungkin orang punya pandangan skeptikal terhadap pengulas berita. Tetapi di Bloomberg lain. Keputusan untuk memotong rambut lebih pendek adalah langkah saya untuk mempertontonkan gaya yang lebih edgy dan moden. Pilihan pakaian juga diambil tahu kerana tidak mahu nampak sama dengan pandangan yang dilemparkan. Sebagai seorang pengulas berita saya juga punya stail yang tersendiri walaupun ringkas. Saya meminati helaian pakaian yang bold, bertekstur dan semestinya punya struktur yang cantik. Rekaan Alexander Wang dan label Calvin Klein adalah antara kegemaran saya. Jika aksesori pula saya sukakan jenama asli Itali, Salvatore Ferragamo malah baru membeli sepasang kasut tinggi, sepulangnya dari kembara cuti yang lepas.”
 
“Saya tidak kisah untuk melabur lebih dalam membeli item yang saya inginkan. Sebagai contoh jam tangan mewah. Buat masa sekarang ini saya masih menunggu dan tidak kisah untuk melabur lebih. Tetapi dalam pada masa yang sama saya tidak terburu-buru untuk membuat keputusan saya. Quality is timeless! Jadi sebagai pembeli kita harus bijak membuat keputusan. Bila usia dan gaya ditanyakan, Sophie menjawab, “It’s not about the numbers. Ia berkait dengan cara anda membawa diri. Wanita yang lebih berusia di luar sana, rata-ratanya tampak lebih hebat aura dan pesonanya. Lain pula dengan wanita muda. Mereka nampak terlalu gigih berusaha untuk tampak effortless. Ada yang perlu kita jadikan inspirasi gaya, bukan semua trend harus diikuti. It’s all about attitude, character versus numbers.”
 
Penata Gaya AIZAT AIDID Penyelaras Zuhairie Sahrom Arahan Seni ASHURA HAKIM Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mac 2015
 
 

See also
Time Is Gold