
Pengasas Shoes Shoes Shoes ini berkongsi tip gaya kala berlibur.
Jenama bagasi pilihan anda?
Saya rasa amat penting untuk mempunyai bagasi yang bagus. Pilihan saya adalah daripada Tumi kerana ia mempunyai teknologi yang cukup ringan. Lantas ia memberi saya peluang untuk membeli belah kerana berat beg bagasi Tumi cukup ringan.
Apa peraturan untuk berlibur?
Setiap kali bercuti saya akan merancang apa baju yang hendak dibawa dan buat acara apa. Sebelum mula mengemas bagasi, saya terlebih dahulu akan mengambil gambar setiap ceraian yang dibawa, aia cukup menyenangkan saya ketika sudah tiba di lokasi percutian.
Dimanakah lokasi impian untuk bercuti?
Percutian pantai adalah pilihan utama saya! Saya ini memang gadis yang sukakan ketenagan di kawasan pulau. Lokasi seterusnya adalah untuk bercuti di Bora Bora. Air laut yang cukup biru dan bersih serta pasir pantai yang putih itu memberikan seribu macam nikmat. Selain itu, ada juga pasang angan-angan untuk mendaki Machu Pichu di Peru. Sekarang ini sedang memikirkan bagaimana untuk membawa anak saya sekali mendaki bukit itu.
Kongsi bersama kami tentang tip travel in style?
Pertama sekali, sebelum anda mula mengemas bagasi, perlulah terlebih dahulu memilih serta menyediakan ceraian yang hendak dibawa. Ini memudahkan anda untuk tahu baju yang mana satu hendak disarung buat acara apa tatkala berlibur. Saya tidak mahu tertinggal apa pun! Saya selalu fikirkan bawa ceraian yang nampak cantik di dalam gambar! A good Instagram picture goes a long way!
Pandangan anda tentang trend ‘airport style’?
Saya rasa amat penting untuk nampak bersiap ketika berliburan. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku ketika sedang berada di lapangan terbang misalnya. Perkayakan ilmu tentang bergaya ke lapangan terbang dengan menggabungkan rasa chic dan keselesaan.
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
