“Karier saya adalah segalanya yang saya impikan.” – Selina Yeop Jr.

Orangnya kecil namun disebalik saiz tubuhnya, dia mempunyai profil diri yang begitu menjadi inspirasi. Selina Yeop Jr. nama diberi, kini berdiri teguh mengemudi syarikat perhubungan awam, S&A Integrated Communications, miliknya sendiri. Mengenali secara sepintas, saya dapat rasakan dia seorang yang berperwatakan tegas. Dia mahu segalanya diurus dengan lancar sempurna dan pantas.
Setibanya Selina di studio Blink pada pagi yang dijanjikan, dia mahu cepat, katanya dia akan terbang ke Austria di sebelah malamnya bersama teman-teman untuk bercuti. Sibuk sungguh jadual superwoman ini! Berjaya dalam bidangnya, saya ingin tahu rahsia kejayaan Selina. “Karier saya adalah segalanya yang saya impikan. Bermula pada 1995, ketika itu saya bermula di arena korporat sebelum berpindah ke agensi periklanan. Dan dari situ saya mula menyelami dengan lebih dalam tentang dunia ini. Saya berhenti seketika dari segala aktiviti kerjaya selepas melahirkan anak pertama. I did freelanced for a few big companies before eventually starting a company due to the growing number of clients,” ujarnya membuka cerita.
Syarikatnya hari ini teguh berdiri. Kala bercerita mengenainya jelas terpancar kegembiraan pada wajah Selina. “Agensi saya berkembang sejak permulaan tahun 2000. Kami punyai pelbagai syarikat subsidiari antaranya perhubungan awam, idea kreatif, pengurusan majlis, perhubungan pelabur juga pengurusan bakat.” Bukan itu sahaja, dia juga memiliki klinik estetika usahasama bersama teman dipanggil FaceFactors. Bagaimana pula dengan cabaran? Soal saya padanya. “Segala cabaran yang dilalui dari dahulu hingga kini, saya anggap sebagai pemangkin kepada pertumbuhan agensi. Every obstacles serves to make us better and better, so I am actually grateful for anything that is deemed as difficult!”
Successful woman! Selina merupakan salah seorang daripada wanita berjaya di Malaysia. “Kejayaan itu begitu subjektif dan maknanya berbeza apabila diolahkan oleh setiap individu. Bagi saya, elemen kejayaan itu adalah punyai intergriti, jujur, amanah, berkeyakinan, pintar juga sentiasa merendah diri,” ujarnya tegas. Kerjayanya juga banyak membantu dia mengenal erti sabar juga secara tidak langsung, memperluaskan lagi pemandangannya tentang dunia luar. “Setiap hari saya bertemu dengan orang yang berbeza-beza telatahnya yang kadangkala boleh saya labelkan susah untuk bekerjasama, namun ada pepatah mengatakan client is always right. Hence i must find a delicate way to manage my knowledge that opens my eyes to situations that I never thought existed.”
Kagum dengan penampilan dirinya yang sentiasa anggun dan cantik, saya bertanya tentang stail dan imej pembawakan Selina. Baginya, imej itu sangat penting namun masih mengikut keadaan. “At the end of the day what lies beneath always shows up. Disinilah kita perlu belajar segala tatatertib perilaku juga dalam gaya pemakaian. Bagi saya, bergaya bukanlah semata untuk menarik perhatian seseorang, tetapi lebih kepada menghormati kepada keadaan, di mana kita berada juga dengan siapa kita bekerja. Saya suka bereksperimen dengan bermacam gaya tetapi jiwa saya lebih kepada edgy chic sort of look!” katanya.
Perancangan masa depan? “Saya mahu mengembangkan lgi sayap syarikat ini dalam pelbagai area di dalam bidang perhubungan awam ini. As well as seizing all other opportunities that I see great potential in. Also, I am foreseeing my next foray to be in retail!,” ujar Selina mengakhiri perbualan.
Penyelaras: Zuhairie Sahrom dan Amira Azman
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/Blink Studio
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mei 2015
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
