Fakta Kisah Cinta Jennifer Lopez & Alex Rodriguez - Page 3 of 4 - Glam Malaysia
Fakta Kisah Cinta Jennifer Lopez & Alex Rodriguez

Fakta Kisah Cinta Jennifer Lopez & Alex Rodriguez

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pada tahun 2018, semasa konsert pra-Super Bowl di Minneapolis, Jennifer menceritakan tentang suaminya (Alex Rodriguez) dan mendedahkan bahawa itu adalah ulang tahun satu tahun mereka bersama dan menyatakan hasrat bahawa tidak memerlukan hadiah apa pun sempena ulang tahun mereka lalu J-Lo menyanyikan sebuah lagu khas untuk A-Rod disertakan dengan ucapan I Love You pada acara Februari 2018. Pasangan yang diberi gelaran unik oleh peminat mereka “Couple Goals itu juga sering membuat penampilan permaidani merah bersama antaranya acara di Met Gala, MTV Video Music Awards, dan tayangan perdana untuk filem Jennifer Second Act.

Mereka terus menunjukkan cinta mereka pada acara permaidani karpet merah sehingga ke tahun baru, menghadiri Grammy dan Oscar bersama-sama. Pada bulan Mac 2019, kira-kira satu bulan setelah ulang tahun kedua mereka, pasangan J-Rod bercuti bersama ke Bahama, di mana A-Rod telah merancang untuk memberikan cincin berlian yang cantik bernilai $ 5 juta kepada J-Lo dan merancang majlis pernikahan mereka pada 2020. Tetapi kerana pandemik yang berterusan, Jennifer dan A-Rod menangguhkan perkahwinan mereka.

See also
Jennifer Lopez Gamatkan Pentas Fesyen Versace Dengan Penampilan Istimewa 'The Jungle Dress'
Lamaran J-Rod di Bahama