"Everybody deserve to feel important" - Datin Sharifah Shawati

“Everybody deserve to feel important” – Datin Sharifah Shawati

Glam Personality 114103
 
Teks & Penyelaras: Azza Farhana
Penata Gaya: Aizat Aidid
Gambar: Eric Chow/Blink Studio
 
Acap kali bersua muka dengan personaliti ini, terbit rasa mahu duduk bersembang dengannya. Butir-butir katanya sentiasa mengalirkan arus energi positif pada sesiapa sahaja yang mendengar. Shawati cukup teruja apabila helaian Hermes serba hitam membaluti dirinya. “Black has always been my identity,” ujar Shawati mengekspresikan cintanya pada hitam. Shawati cantik orangnya dan tidak keterlaluan kalau saya katakan she looks incredibly great at 46.
 
“Saya menyeru semua wanita untuk bersenam agar kesihatan terjaga sambil mengekalkan bentuk badan idaman. Yang nampak cantik nanti diri kita jugakan? Andai kata kita ditinggalkan lelaki, dua bulan saja kita sudah punya pengganti! You do it for yourself. Bukan pada sesiapa pun. Hargai diri kita yang dipinjamkan Allah S.W.T,” ujarnya tentang pentingnya bersenam.
 
Bercakap mengenai rahsia cantik. Shawati percaya, pertama sekali bukan produk apa yang dipakai harus ditanya tetapi gaya hidup yang menjadi nadi kecantikan seseorang. Kesihatan jiwa juga bonus kepada kecantikan kita. Buang segala rasa hasad, amarah, kecewa, tertekan jauh-jauh dari benak fikiran anda. Cuba tangani dengan positif tatkala kita dilanda masalah. Pupuk jiwa untuk melihat semua perkara dari sudut yang terindah. Pejamkan saja mata sekiranya ada ‘kecacatan’ dalam episod hidup kita. Nescaya ‘cantik’ yang diidamkan akan terpancar pada raut wajah. “Bukankah beauty from inside is infinity? Untuk beri tenaga pada diri bersesuaian dengan rejim hidup yang senantiasa sibuk ini, saya ambil supplement seperti CQ10, fish oil, omega 3, multivits, dan vitamin C. Ternyata saya berasa bertenaga sepanjang hari walaupun saya bekerja daripada terbitnya fajar sehinggalah bintang-bintang hadir menyerikan langit.”
 
Umum tahu bekas model dan pengacara ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk dua syarikatnya, Adamaya Consultancy & Services Sdn. Bhd. dan Adamaya Marketing Sdn.Bhd. Hari-harinya diabdikan untuk dua empayarnya ini. Bergelar konsultan imej antarabangsa, Shawati sibuk dengan bengkel Imej, Komunikasi dan Etika serta Skil Presentasi. Menurut empunya diri, adalah penting untuk seseorang individu menjaga imej. Imej mencerminkan keperibadian kita. Daripada jenis pakaian apa yang sesuai disarungkan, teknik solekan yang anggun hinggalah mengajar etiket bertutur, cara duduk, berjalan, bahasa tubuh adalah suatu yang sudah menjadi asam garamnya. “Bukan mudah untuk kita mengubah sesesorang itu. Saya mengambil pendekatan menjadi teman kepada mereka agar mereka menerima ajaran saya dengan hati terbuka dan bukan terpaksa. Saya tidak nafikan ramai sudah pandai bergaya hari ini. Tetapi what we are lacking is the art of communication. Gaya dah tip top tetapi apabila buka mulut semuanya hancur. Ia tidak seindah imej yang dibawanya. Selain itu tonasi suara juga memainkan peranan penting dalam perbualan.
 
“Bahasa tubuh seperti mimik wajah akan memancarkan keperibadian kita. Apabila bertutur, kita perlu mempunyai eye contact dengan orang yang sedang kita bercakap. Do you know that non-verbal communication covers over 50 percent of the communication? Ada orang bertanya kepada saya, bagaimana mahu berbual dengan orang berpangkat? Adab berbual dengan kelompok orang atasan (high society) tiada perbezaan pun dengan orang lain. Mereka juga manusia biasa, you don’t bow at them. Anda juga orang penting. Everybody deserve to feel important. Jangan rasa gentar untuk berbual dengan mereka. Hanya lahirkan rasa hormat dengan menggelar mereka dengan gelaran misalnya, Datuk, Datuk Seri atau Tun sebagai tanda hormat. Tidak perlulah kita memuji mereka melambung cukup sekadar menjadi diri kita sendiri dan menghormati mereka. Don’t over do it, they know when you are cunning them,” terangnya lagi. Shawati juga pantang jika ada diantara stafnya berkata tidak tahu kepadanya. Baginya semua perkara pasti ada penyelesaiannya. “Perkataan tidak tahu itu tidak ada dalam kamus saya dan saya juga mahu semua pekerja saya turut mengamalkannya. Kita harus berusaha sehabis boleh. Katakan pada diri, saya boleh! Malaysia boleh!” Ujarnya bersemangat.
 
Dalam kesibukan sehariannya keluarga masih keutamaan Shawati.. Setiap hari dia akan pastikan untuk makan malam bersama anak-anak dan suami. “ Itu adalah quality time saya bersama keluarga. Waktu itulah saya bertanyakan tentang hari mereka, sekolah juga teman-teman mereka. Aktiviti saya dan anak-anak, Wan Maya Letisha,14 dan Wan Adam Shafique,17, selalunya kami akan menari bersama-sama di rumah. Kami akan kuatkan muzik dan menari mengikut video klip. Selalunya kami akan ketawa tanpa henti dek kerana lucu dengan dance steps masing-masing. Kalau saya menari bagus sibuklah anak saya muatnaik video saya menari di youtube. Suami saya tidak sertai kami, he is quite reserved. He will go for golf instead!
 
Jika ada waktu terluang pasti Shawati akan keluar berlibur bersama teman-teman baiknya. Tahun ini mereka ke Istanbul dan merancang untuk ke Greece, Santorini dan Morocco pada tahun hadapan. Persahabatan mereka persis telemovie popular Sex and the City. “I have strong chemistry with all of my friends. Tentulah karakter saya lebih mirip dengan Carrie Bradshaw! Saya dan teman-teman cukup suka menyanyi. Menyanyi di karoke dan mendengar live band adalah antara aktiviti yang kerap kami lakukan bersama-sama. Segala masalah akan melayang terbang setiap kali saya menyanyi,” kata Syawati. Dia akan menyanyi dan terus menyanyi lagu kegemarannya, Around the World, dendangan Lisa Standfil.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Oktober 2015
 
 

See also
Usaha Pelikan Untuk Mendedahkan Kanak-kanak Kepada Seni Melalui Pertandingan Mewarna