fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
“Fesyen ibarat mood swing” – Nina Nadira
7 Perkara Tentang Ally Mukhriz Yang Ramai Tidak Tahu
Model High Fashion Dan Pencapaian Akademik Mereka
Mengenang Cinta Agung Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
Rahsia Almari Fouziah Gous

Choupette, Teman Setia Karl Lagerfeld, Mewarisi Harta £150 Juta

Kucing peliharaan, teman setia, dan pasangan Karl Lagerfeld dalam hidup, Choupette, dliaporkan bakal bergelar kucing terkaya di dunia dengan harta yang bakal diwarisinya.

Sambil dunia fesyen berkabung atas pemergian legenda fesyen ikon, Karl Lagerfeld, kucing kesayangannya yang Choupette kini dikatakan bakal mewarisi kekayaan peninggalan Lagerfeld berjumlah £150 juta bersama anak pembaptisannya, Hudson Kroenig.

 

Lagerfeld menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di sebuah hospital di Paris semalam (19 Februari 2019), meninggalkan pentas fesyen dunia yang menyelamatkan Chanel dan menghabiskan tiga dekad sebagai seorang pengarah kreatif jenama fesyen gergasi itu.

4 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse

April tahun lalu, Lagerfeld memaklumkan kepada majalah Numéro: “Tidak akan ada majlis pengebumian. Saya hanya ingin meninggal dunia! Saya mahu tubuh saya dibakar dan abu saya ditaburkan bersama ibu saya… Dan Choupette, jika dia meninggal sebelum saya.”

 

Asalnya kucing itu dimiliki oleh Baptiste Giabiconi, selepas dua minggu ia tinggal bersama model Perancis itu pada tahun 2011, Lagerfeld memberitahunya, “Saya minta maaf tetapi Choupette adalah milik saya,” dan kemudian berjenaka yang ingin menculiknya sebelum mengubah hidupnya menjadi seekor kucing model antarabangsa.

 

4 of 17
Use your ← → (arrow) keys to browse