fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Perubahan Sedekad Aktor Paling Kacak Hollywood
Most GLAM 2018: Jenn Low
Siapakah Model Paling Kaya Tahun 2018?
The Women About Town: Yaya Zahir, Fatin Aziz dan Zirra Azim
Lady Gaga Is Patricia Reggiani, In Her Upcoming Movie, Gucci
Home > Personaliti > CHEONG JUN HOONG

CHEONG JUN HOONG

Buat sesi penggambaran yang berlangsung selama dua hari, penerjun yang mesra dipangil Jun merupakan atlet pertama yang hadir pada pagi sesi pertama penggambaran itu. Bertubuh genit, Jun yang sedang melalui tempoh rawatan di atas kecederaannya gembira menerima jemputan sesi fotografi ini. Membuka bicara, dia rancak bercerita mengenai pembabitannya di dalam sukan terjun yang bermula ketika dia berusia sembilan tahun. Ketika itu jurulatih yang berasal dari China mencari bakat-bakat baharu yang ingin diketengahkan untuk sukan terjun. Peluang terbuka ini dimanfaatkan dan dia merupakan salah seorang daripada individu yang berjaya melayakkan diri. Bermula daripada itu, dia menjalani latihan yang berlangsung hampir setiap hari pada waktu petang usai sesi persekolahan. Kini rutinnya juga masih berlegar pada sesi latihan yang padat. Sebagai salah seorang atlet Malaysia, dia perlu menghadiri latihan berpusat untuk kesemua atlet juga latihan khusus tatkala menjelangnya pertandingan yang besar. Melihatkan sifatnya yang tenang saya lantas tertanya bagaimana persona muda ini menghadapi tekanan tatkala menjelangnya acara besar yang membabitkan nama-nama besar daripada peringkat antarabangsa. “Saya memilih untuk melihat setiap pertandingan itu secara normal dengan menganggapnya sebagai salah satu sesi latihan yang perlu dihadapi setiap hari.”