Trend – Simetri Alam Koleksi Versace Home Jungle
Versace menjulang kembali kegemilangan corak abstrak hutan kehijauan 20 tahun sudah dalam lestari moden untuk koleksi interior; Versace Home Jungle.
Koleksi terdiri daripada pinggan mangkuk porselin, aksesori dulang, pasu, lilin wangi dan asbak dalam sarat motif abstrak belantara hijau gemilang yang diperkaya dengan sepuhan keemasan. Bagi kemasan lembut, pencinta interior boleh memilih barisan kotemporari kemasan kertas dinding, sarung kusyen dan hamparan permaidani antaranya.
Lambang Medusa dan Barocco dalam rekaan kompleksiti dijelma segar dalam setiap satu rekaan. Motif Jungle menggegar pentas fesyen label Itali ini pada koleksi musim bunga/panas 2000 – gaun jarang seksi yang disarung elegan oleh Jennifer Lopez adalah debutnya.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Jul 08, 2026
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Jul 08, 2026
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Jul 08, 2026
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Jul 08, 2026
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Jul 07, 2026

