#StayHomeWithGD: Resipi Auntentik Asia Mama San
Rempah-ratus, bahan-bahan segar dari serantau Asia dimasak dengan teknik dan warisan turun-temurun menjadi taruhan gelanggang gastronomi ciptaan Chef Will Meyrick untuk Mama San. Gaya masakan jalanan orang Cina, Indonesia, India, Melayu, Singapura, Thailand, Kemboja dan Vietnam diperkemaskan semula oleh Meyrick dalam membentuk barisan menu kulinari moden Asia di Mama San.
Mama San bertapak di Bali sebelum melebarkan sayap antarabangsa pertamanya di kota metropolitan Hong Kong, kemudian Kuala Lumpur. Antara menu enak mesti cuba adalah Salad Pomelo, Rendang Daging, Dendeng Balado, Ayam Sambal Hijau Padang, Ikan Siakap Masam Manis, Murtabak Kambing dan aneka jenis mee seperti Phad Thai, Radna dan Pho memikat selera. Buat yang mahukan rasa lokal, Nasi Lemak, Lontong dan Cekodok Pisang antara yang boleh dinikmati kala sarapan sehingga waktu minum petang. Strategik dalam pusat beli-belah Suria KLCC, menghadap landskap luar - air pancut, anda boleh memilih untuk duduk di luar sambil menghirup udara segar atau melabuhkan tubuh dalam interior cosy elegan.
Mama San menterjemahkan warna-warni gemilang kuliner gaya jalanan – atmosfera kesibukan pasar-pasar dan lorong di sekitar kota Jakarta, Hanoi, Bangkok dan Delhi dalam interior restoran. Bibit-bibit nostalgia era kolonial lama terlihat jelas menerusi odisi memoir fotografi hitam dan putih. Gabungan material kayu, tembaga dan kulit adaptasi gaya perindustrian moden. GLAM Deko kongsikan resipi Mama San yang popular iaitu Salad Pamelo dan Ikan Siakap bersama Kuskus & Asparagus.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

