Sinergi Kosmopolitan CitizenM KL
Masih tercari-cari lokasi ideal untuk menyambut tahun baru di Kuala Lumpur? Apa kata cuba jengah hotel butik, CitizenM Kuala Lumpur. Selepas menakluki kota London, Amsterdam, New York dan Shanghai, rangkaian hotel butik CitizenM meluaskan jajahan Asianya di Kuala Lumpur. Berlokasi di segi tiga emas, Jalan Bukit Bintang, CitizenM KL menawarkan 210 unit bilik penginapan dengan spektrum warna, gaya dan tenaga pop kosmopolitan.

Pancawarna Metropolitan
Sebaik melangkah masuk ke perkarangan hotel, seribu satu semangat pop menerjah masuk ke sanubari. Susun atur kompleks perabot beraneka ragam rata-rata rekaan ikonik pereka terkenal dunia, aksesori pasu, figurin dan arca seni, koleksi buku-buku diikuti karya seni hasil anak watan menggamit pandangan. Secara tidak langsung menjadikan setiap sudut di CitizenM instagrammable spot! yang dicari-cari oleh golongan milennials.

Lantai bawah didedikasikan buat urusan daftar masuk yang mengaplikasikan sistem self check-in tampil lebih mudah dan efisien. Malah, penghuni dan tetamu boleh berehat atau bersantai di ruang duduk-duduk dalam pelbagai reka atur. Jika mahu mengadakan pertemuan atau mesyuarat, boleh terus menuju ke aras dua SocialM dan pilih tiga jenis bilik yang bersesuaian kapasiti dan penggunaan. Mahu menghirup secangkir kopi panas atau menghilang dahaga menerusi aneka koktel segar, CanteenM menyediakan pelbagai jenis minuman dan menu menarik untuk dicuba. Sarapan pagi turut dinikmati di CanteenM.

Teknologi MoodPad
Setiap bilik dilengkapi teknologi pintar MoodPad membolehkan penghuni mengawal suasana kamar seperti pengcahayaan, tirai, suhu, penggera, muzik dan juga warna keseluruhan bilik hanya di hujung jari. Pengalaman inapan lebih selesa dan bermakna menerusi katil bersaiz king untuk semua jenis kamar, meja kerja, televisyen, mandian pancuran kuat, set mandian jenama AM dan PM dan tentunya wifi. www.citizenm.com
Pilihan Bacaan Seterusnya
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026

