Penyeri Tingkap

Penyeri Tingkap

AFTER - traditional-tables-wood-9623-7427427
 
Kehadirannya dirasa, kecantikkannya dirai, kesempurnaannya dicemburui. Itulah kuasa langsir yang mampu memberi impak berbeza setiap kali ia berubah wajah menghiasi ruang kediaman. Sebelum memilih langsir atau bidai untuk tingkap anda, adalah lebih baik jika anda mengenali dahulu jenis tingkap yang anda miliki. Lain tingkap mempunyai kegunaan dan kesesuaian berbeza. “Tatkala memilih window dressing, ukuran merupakan perkara penting. Jika menggunakan bidai, ambil ukuran di dalam rangka tingkap. Manakala untuk langsir gunakan ukuran di luar rangka termasuk untuk hardware seperti rod.” Martha Stewart.
 
Tingkap Tetap
Tingkap yang bina tanpa ada pergerakkan. Tingkap jenis ini tidak boleh dibuka. Ia secara utamanya dikhususkan untuk membenarkan laluan cahaya masuk. Selalunya digunakan di tempat tinggi yang sukar dicapai.
 
Kebaikan

  • Membenarkan cahaya semulajadi masuk dalam kadar yang tinggi.
  • Menjimatkan penggunaan elektrik.

 
Keburukan

  • Tiada pengaliran udara
  • Sukar untuk dibersihkan (biasanya dipasang di tempat tinggi)
  • Keluasan kaca yang tinggi menambah risiko mudah untuk dipecah.

 
Cadangan
Roller blinds merupakan pilihan terbaik kerana selalunya trafik di kawasan ini tidak terlalu aktif. Tambahan pula tiada laluan udara, bidai dalam fabrik yang sedikit jarang masih bisa membenarkan cahaya masuk.
 
Tingkap Double Hung
Ia banyak digunakan di lokasi komersial seperti hotel, pejabat dan pusat perniagaan. Tingkap jenis ini direka dengan pembahagian kepada dua bahagian yakni atas dan bawah.
 
Kebaikan

  • Dipilih kerana praktikali dan mudah dikendali.
  • Pilihan selamat untuk kamar kerana hanya boleh dibuka di bahagian atas.
  • Sesuai di semua bahagian kediaman.
See also
Detik-Detik Mengagumkan Sewaktu MTV EMA 2017

 
Keburukan

  • Oleh kerana ia terbahgi dua bahagian, bahagian penyambung mudah terdedah kepada risiko kebocoran.
  • Pembukaan terhad hanya pada bahagian atas.

 
Cadangan
Untuk tingkap ini, cadangan saya adalah roman blinds merupakan pilihan terbaik. Ini kerana saat bidai diangkat ke atas adalah mudah untuk anda membuka tingkap.
 
Tingkap Berbingkai
Tingkap yang dipasang secara menegak ini antara pilihan popular di kediaman moden hari ini. Teknik bukaan seperti pintu dengan menolaknya keluar direka dalam dua gaya popular yakni kosong dan berpanel empat atau enam
 
Kebaikan

  • Bukaan menujuk keluar ini memudahkan pengudaraan masuk ke ruang kediaman.
  • Sesuai untuk ruang yang sukar dicapai kerana pengendalian yang mudah.

 
Keburukan

  • Untuk jangka masa panjang, ia memerlukan perhatian rapi apatah lagi jika anda memilih kemasan kayu.
  • Perlu disenggelara apabila sudah tiba tempoh masa tertentu.

 
Cadangan
Bergantung kepada saiz tingkap, pemilihan langsir yang mewah sesuai jika anda mempunyai tingkap yang besar. Gunakan teknik pinch pleat agar langsir lebih rapat ke sisi tatkala mahukan cahaya masuk.
 
Tingkap Berkajang
Ia hadir seakan serupa dengan tingkap berbingkai cuma perbezaannya adalah arah pengendaliannya. Ia dipasang secara melintang dan selalunya dibuka ke atas.
 
Kebaikan

  • Pilihan terbaik jika mahukan pencahayaan dan pengudaraan minima namun masih mengekalkan privasi.
  • Boleh dibuka biarpun hari hujan kecuali hujan yang lebat.
See also
GLAM Memori: Puan Sri Tiara Jacquelina

 
Keburukan

  • Jika dipasang di tingkat bawah, ia mudah memerangkap sampah.
  • Perlu dibersihkan sentiasa kerana kotoran yang terlekat mencacatkan pemandangan.

 
Cadangan
Anda boleh mencuba bidai venetian untuk padanan bersama tingkap jenis ini. Ini kerana bidai jenis ini masih mampu membenarkan cahaya masuk dalam kadar yang dikehendaki.
 
Tingkap Jalusi
 
Bilah-bilah kaca kecil yang dipasang melintang digabungkan beberapa kepingan kaca dan dipegang oleh kemasan aluminium. Satu selak pengawalam mampu membuka beberapa bilah sekaligus. Merupakan pilihan yang popular satu ketika dahulu namun penggunaannya semakinkurang hari ini.
 
Kebaikan

  • Mudah dikawal kerana memisahkan antara bahagian atas dan bawah dengan dua pengunci.
  • Boleh dilaraskan mengikut darjah kesesuaian pembukaan.

 
Keburukan

  • Sedikit bahaya kerana mudah dibuka sama ada dari luar mahupun dari dalam.
  • Tidak tertutup rapat kerana ia bertindih lantas mengurangkan kesejukkan tatkala menggunakan penghawa dingin.

 
Cadangan
 
Langsir jenis eyelet memberi karakter pada tingkap anda Selain memberi nafas moden, ia turut memudahkan pengaliran udara dan cahaya sesuai fungsi tingkap.
 
Tingkap Luncur
Pilihan paling popular kerana kos yang rendah dan penyelenggaraan yang ringkas. Ia mempunyai trek di atas dan di bawah untuk membuka dan menutup bilah tingkap.
 
Kebaikan

  • Senang dikendali
See also
Selebriti Hollywood Yang Bergelar Ibu Pada Usia 40-an

 
Keburukan

  • Trek luncuran perlu dibersihkan untuk mengelakkan ketidak lancaran pada perjalanan tingkap.
  • Sistem pengunci yang mudah dibuka.

 
Cadangan
Pilihan bidai menegak menepati identiti tingkap ini. Arah luncuran yang sama antara tingkap dan bidai menjadikan ruang kelihatan kemas dan bersih.
 
Tingkap Unjur
Binaan tingkap yang direka sedikit terkeluar dari binaan asal dinding. Ia mencipta unjuran sedikit di ruang tersebut.
 
Kebaikan

  • Mencipta depth dari dinding ke tingkap
  • Membenarkan cahaya masuk dari pelbagai arah.

 
Keburukan

  • Pembaziran ruang kerana unjuran yang dilakukan adalah sangat sedikit.

 
Cadangan
Untuk tingkap ini, anda boleh memilih sama ada mahu meletakkan salah satu antara langsir atau bidai mengikut kesesuaian dan bajet anda. Jika tidak keberatan, letakkan kedua-duanya dan padankan dalam gaya atau paten seakan sama.
 
French Window
Tingkap yang dibina berpasangan dan dibuka bertentangan arah.
 
Kebaikan

  • Pilihan popular untuk ruang tinggi yang mempunyai balkoni kerana mudah dibersihkan.
  • Menjimatkan ruang kerana jika dibina berpanel empat ia boleh terlipat.

 
Keburukan

  • Ia selalunya lebih berat berbanding tingkap jenis lain namun begantung pada saiz dan kemasan.

 
Cadangan
Seindah namanya, langsir yang mewah sebaiknya menemani tingkap ini. Cadangan kepala lisu  berkotak akan membuatkan ruang ini tampil formal dan kekal elegan.