Palet – Trivia Warna Neutral Coklat
Mengundang rasa hangat, selesa dan mewah - nuansa warna coklat tidak pernah pudar dari radar trend interior. Mudah disuai padan dengan apa jua warna, tekstur, material dan corak; coklat boleh diguna pakai untuk mana-mana ruang kediaman.
TRIVIA WARNA
- ILUSI VISUAL - Warna coklat cerah berupaya membalikkan cahaya sekali gus menampakkan visual ruang lebih luas.
- SPEKTRUM WARNA - Tona warna coklat boleh dipilih mengikut kepekatan atau kecerahan yang diingini. Coklat cerah seperti nude atau beige lebih mudah diguna pakai dan malar segar untuk ruang tamu dan kamar beradu.
- PADANAN MATERIAL DAN FABRIK - Pilihan warna coklat tidak mengehadkan pemilihan material atau jenis fabrik tertentu. Jika mahu memaparkan gaya moden, pilihan aksesori metal berkilau seperti kaki lilin atau dulang membantu membangkitkan konsep moden. Manakala bagi jenis fabrik, anda boleh memilih jenis kapas atau kapas linen berpaten dengan teknik potongan laser atau sulaman.
- PERINCIAN - Wood paneling atau wainscoting boleh dipasang pada dinding polos yang dicat warna coklat, agar dinding tidak kelihatan membosankan selain menyuntik aura moden kontemporari.
- PERCIKAN WARNA Serlahkan pesona diri menerusi padanan warna-warna terang seperti hijau zamrud, biru gelap, kuning mustard atau pink fuchsia menerusi pemilihan perabot dan aksesori bagi membangkitkan latar polos coklat.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM Plus
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Jun 16, 2026
Fesyen
Detik Bersejarah 10 Tahun Louis Vuitton x Marc Newson
Jun 16, 2026
Cantik
6 Produk Kecantikan Baharu Yang Buat Kami Obses
Jun 16, 2026
Fesyen
Kisah Barang Kemas Signes & Symboles Oleh Chanel
Jun 16, 2026
Fesyen
Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL
Jun 15, 2026
Gaya Hidup
Selepas The Gasket Alley, Apa Yang Menanti Anda Di JAM PJ?
Jun 15, 2026
Cantik
ExoBright Cryo Therapy Jadikan Kulit Saya Lebih Segar Dalam 75 Minit
Jun 15, 2026
Cantik

