Palet – Trivia Warna Green Crush
From kelly to kiwi, tidak kira apa jua variasi hijau pilihan, warna nan segar ini tidak pernah hilang dalam dunia dekorasi. Mudah berpadanan dengan apa jua latar atau aksen warna lain, trend terkini tentunya hijau zaitun bersama aksesori emas atau tembaga.
Kontras boleh dicipta melalui hue pastel serba mendalam dan segar menerusi campuran aksen warna kelabu perak dan coklat. Gandingan spektrum ini menipu ilusi mata untuk ruang lebih luas dan bertenaga.

Hijau adalah warna identi alam. Ia melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai. Mengikut pandangan psikologi warna hijau sangat membantu menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai kesan menenangkan. Warna hijau dikatakan memiliki nilai tersendiri kerana dapat memberi kesan kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna coklat gelap.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

