Palet-Trivia Warna Coklat Karamel
Tergolong dalam roda warna hangat (warm), warna karamel mampu menstabilkan emosi penghuni dalam masa sama memberi dimensi ruang lebih selesa. Sifat natural karamel juga memudahkan suai padan dan kekal bertahan tidak dimamah arus trend.
Trivia Warna Coklat Karamel:
- Warna coklat karamel sesuai sebagai latar warna ruang tamu dan kamar beradu tetamu. Gunakan spektrum warna coklat secara keseluruhan bermula dari warna dinding, kemasan lembut sehinggalah pemilihan cadar dan kusyen.
- Penguasaan warna coklat neutral yakni karamel, hazelnut yang polos boleh dihidupkan menerusi tanaman tumbuhan hijau segar.
- Elakkan sebarang padanan warna kontra seperti biru firus, fuschia dan kuning pada latar warna karamel kerana dilihat sudah ketinggalan zaman.
- Fabrik linen dan kapas bertekstur adalah kemasan lembut untuk kusyen, langsir dan sofa paling ideal bergandingan dengan warna karamel.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Fesyen
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
horologi
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
Cantik
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Fesyen
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Fesyen
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
Gaya Hidup
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026
Gaya Hidup

