Kediaman – Kontemporari Ala Resort
Penyelaras & Teks: Suhana Desa Arahan Seni: Afiq Khairudin Gambar: Jason Lee
Elegan sentuhan gaya feminin erat bersatu bersama rona bumi. Ambien natural dalam nada kontemporari diterjemahkan hasil sentuhan dan kreativiti pemiliknya, Rozita Mohd Noor dan suami, Ahmad Shukri Mohd Lazim di kediaman jenis banglo berlokasi di Subang Alam.
Selesa mengadun ruang dengan palitan rona cerah, berteraskan palet bumi, Rozita Mohd Noor atau lebih mesra disapa Ogy menzahirkan kreativiti dan minat sendiri dalam menata hias ruang berkeluasan lebih 5000 kaki persegi. Reka pelan lantai di aras bawah kediaman; dipisahkan kepada beberapa bahagian seperti ruang tamu, ruang makan utama, ruang keluarga, dapur kering dan basah dan bilik tetamu. “Saya telah menduduki kediaman ini sejak 10 tahun yang lalu. Banyak proses ubah suai berskala besar dilakukan untuk memastikan ruang lebih selesa dan sempurna untuk didiami kami sekeluarga,” beritahu Ogy.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

