Kediaman – Idealisme Tropika Nusa Indah Bina
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Gambar : Mazlan Yunos (Mazlan Yunos Photography)
Terbina di pinggir bukit hutan, banglo tiga tingkat ini mengambil masa satu setengah tahun untuk disudahkan. Megah tersergam di lapangan tanah seluas dua ekar, banglo penaung syarikat seni bina, Nusa Indah Bina, Zainuddin Abdul Jalil bersama anak kembar; Mohd Ikmal Zainuddin dan Mohd Ikbal Zainuddin mengadaptasi konsep hijau.
“Enam bulan diperuntukkan untuk membina tembok batu; penahan tanah bukit setinggi dua tingkat bangunan di belakang banglo setelah kami menjumpai batu besar (boulders) bawah tanah yang mana struktur paling sukar bagi keseluruhan projek,” cerita Ikmal yang berganding bahu bersama Ikbal, dan isteri tercinta, Darlina Roslan dengan bimbingan ayahanda, Zainuddin bagi menyiapkan projek ini.
Mencedok konteks persekitaran semulajadi dan eksperimentasi penggunaan sumber alam, pemilik menerapkan aliran seni bina Melayu, Bali, Inggeris dan Itali di bawah satu bumbung.
Mencecah keluasan 4, 800 kaki persegi, struktur banglo dibina menggunakan bahan kayu mampan kitar semula. Menginginkan perasaan lebih akrab dengan alam, pemilik mengangkat konsep keterbukaan di ruang aktiviti yakni foyer, kolam renang, ruang makan, dapur dan laluan ke kamar beradu sekaligus mengurangkan penggunaan kipas.
Sumber alam; aliran air sungai dan air mata air dimanfaatkan sepenuhnya untuk membersihkan diri dan air minuman. Malah, aliran air sungai yang merentasi struktur bawah tanah banglo menjadikan permukaan lantai rasa nyaman menemani setiap langkah penghuni.
“Asalnya, tanah ini untuk rumah penginapan pekerja namun saudara terdekat memberi idea, wajar bagi kami membina rumah persinggahan keluarga. Bermula secara sederhana namun rumah ini membesar secara organik sehingga mampu menampung enam kamar beradu, surau, pejabat pavilion luar, gimnasium, sauna, kolam renang, dan dua kolam air mata air.” kata Ikmal lagi.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
Jun 05, 2026
Tahan Peluh & Wangi Lama, Ini Wangain Mewah Untuk Ke Konsert
Jun 05, 2026
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Jun 05, 2026
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026

