Kediaman - Fresh Simplicity - Page 6 of 9 - Glam Malaysia

Kediaman – Fresh Simplicity

Teks & Penyelaras : Shahril Hadi Halim
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

 

 

Lokasi 20trees semakin menarik perhatian penggemar hartanah di sekitar ibu kota termasuk kediaman baru milik Kem Salleh. Biarpun saya tidak berpeluang melihat sentuhan dekorasi kediaman terdahulu yang terletak di Andaman Ukay, saya masih teruja untuk melihat karyanya yang terbaru ini. Jauh di sudut hati, tertanya - tanya mengapa Kem sanggup melepaskan unit kediaman atas tanah dan berpindah ke unit kondominium ini. Menurut Kem, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penghijrahan ini.

 

Beritahu Kem, "I love the view and the open concept. Kerana itulah saya jatuh cinta sebaik kali pertama melihat kediaman ini. Ada sedikit kekesalan mengapa saya tidak membelinya ketika ia dilancarkan dahulu. Faktor utama persekitaran di sini yang mendamaikan."

 

Menariknya disini, setiap unit kondominium disediakan lif peribadi yang menuju terus ke pintu kediaman. Ia menjanjikan privasi buat pemilik. Aplikasi tema yang didominasi rona monokrom menjadi pelakon utama paparan ruang kediaman.

 

"Saya berkira - kira untuk mengangkat tema resort sebagai gaya penataan ruang. Ini kerana pemandangan sekitar yang begitu mendamaikan dapat diserasikan dengan konsep dekorasi. Menyentuh mengenai pilihan palet monokrom, asalnya saya tidak bercadang menggunakan rona hitam. Namun, beberapa kemasan asal kediaman adalah dari ton hitam,"

 

 

Menurut Kem lagi, sebelum lengkap keseluruhan wajah kediaman, hampir 12 kali dia berubah fikiran mengenai seleksi yang mahu dimilikinya. Dia turut bercerita mengenai pelan asalnya untuk merobohkan dinding yang mana terletak akasesori arca daun.

 

Slide untuk lihat gambar. 

6 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ruang makan yang dipisahkan pemidang batang kayu putih.