Kediaman – Dekorasi Gaya Ilham Nautika
Gaya yang terinspirasi dari pantai, laut dan pesisir pantai dalam suasana damai mengadaptasi nuansa pesisir pantai pada penataan ruang sentuhan pereka bentuk dalaman, Azry Fazamy untuk unit apartmen Almyra. Penggunaan palet warna lembut, keseluruhan penggayaan ruang melahirkan rasa tenang, sejuk dan cosy. Elemen kesederhanaan dalam reka bentuk ruang dan pemilihan perabot menciptakan gaya ruang lebih menyerlah suntikan inspirasi dari alam.
Menurut Azry, keistimewaan gaya nautika menonjolkan identiti yang kuat dengan palet warna-warna yang lembut gandingan putih dan biru. “Warna putih, mampu menciptakan kesan ruangan yang lebih luas dan kelihatan lebih cerah. Biru pula, simbolik lautan dan langit diadun bersama untuk menyuntik ruang yang lebih harmoni selain membentuk skema warna yang sangat sempurna dalam penataan keseluruhan dekorasi.”
Pilihan Bacaan Seterusnya
Mengenali Kekuatan Koleksi HardWear Oleh Tiffany & Co.
Jun 11, 2026
Bella Astillah & Syed Saddiq Cetus Inspirasi ‘Fit-Inspo’ Bersama
Jun 11, 2026
Wanita-Wanita Di Sebalik Bintang Pemain FIFA World Cup 2026
Jun 11, 2026
TIMETIC Timeless Ritual Antara Rawatan Rambut Paling Berkesan
Jun 10, 2026
Kejelitaan Abadi Che’ Puan Khaleeda Yang Menambat Hati Rakyat
Jun 10, 2026
Gucci Bawa Pesona Musim Panas Ke Monte Carlo
Jun 10, 2026
Ini Cincin Perkahwinan Yang Menjadi Dambaan Wanita
Jun 10, 2026

