Trend – Seni Tenunan Pelengkap Gaya Dekorasi

Motif teratai menjadi pilihan Senijari untuk rangkaian songket kediaman.
Seni tenunan songket semestinya tidak asing lagi dalam budaya kita juga buat masyarakat Malaysia. Dewasa ini dengan bantuan teknologi, kegunaannya tidak lagi terhad untuk digunakan sebagai pakaian rasmi atau upacara tertentu, bahkan kini ia menjadi lebih versatil dengan hadir dalam bentuk berbeza seperti aksesori fesyen juga perhiasan kediaman. Oleh itu, Suryani Senja Alias telah membangunkan sebuah jenama yang mengkhususkan kepada rekaan produk berasaskan fabrik tenunan songket yang hadir dalam pelbagai gaya. Senijari bermula sekitar tiga tahun setengah lalu dengan tujuan untuk membangunkan warisan budaya kepada produk tenun tangan mewah seperti tas dan aksesori dengan membawakan motif songket.
Bagi Senijari ini merupakan strategi terbaik untuk memulihkan kraf lama dari terus di pandang sepi oleh generasi hari ini. Dengan pembaharuan dan suntikan teknologi serta aplikasi dalam reka bentuk mereka kini menawarkan rangkaian perhiasan kediaman dengan menerapkan teknik songket dengan gaya berbeza apabila disuai padan bersama fabrik lain dalam penataan ruang untuk memberikan rasa lebih kontemporari pada dekorasi ruang kediaman anda.
Untuk yang meminati barangan kraf juga mencintai seni budaya, rangkaian produk Senijari boleh anda lihat sendiri di laman sesawang mereka http://senijarishop.myshopify.com/pages/philosophy-people atau di beberapa ruang pamer seperti KVITA, BSC atau singgah ke KitaKita di Bukit Damansara juga Ilham Gallery di Ilham Tower Jalan Binjai untuk melihat sendiri keunikkan produk ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
May 25, 2026
Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tampil Di Luar Jangkaan
May 25, 2026
Our Second Nature Sambut Satu Dekad Dengan ‘Mise-En-Place’
May 25, 2026
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
May 24, 2026
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’
May 22, 2026
Barang Kemas Yang Curi Tumpuan di Cannes 2026
May 22, 2026
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan Kuasa Pilihan Komuniti Kecantikan
May 21, 2026

