GLAM Deko Libur – Dunia Mewah Conrad

Wajah Conrad Guangzhou
Conrad Hotels & Resorts, salah satu jenama di bawah rangkaian perhotelan Hilton kini menawarkan pilihan terbarunya di rantau Asia sempena pembukaan Conrad Guangzhou yang merupakan hartanah ketujuh buat jenama ini di bumi China. Direka bagaikan sebuah oasis urban di jantung kota baru Zhujiang, ia menawarkan pemandangan indah. Panorama sungai terserlah dari kamar penginapan mahupun rangkaian restoran yang menempati hotel ini. Pilihan ideal sekali buat kamu yang sekadar mahu berlibur ataupun untuk urusan rasmi.
"Kami teruja memperkenalkan konsep smart luxury buat daerah Guangdong. Sebagai hotel yang ke-31 di bawah jenama Conrad pada peringkat global, hotel ini menterjemahkan kembali lanskap perhotelan mewah buat daerah ini. Malah kami memberikan pilihan lebih bergaya buat pengembara yang ingin mengeksplorasi kawasan persekitarannya. Melalui rekaan yang memberikan inspirasi, kemudahan dan perkhidmatan serba lengkap jua peluang berhubung dengan destinasi yang dipilih, Conrad menjamin pengalaman percutian yang bakal meninggalkan kesan buat para pengunjungnya," kongsi Jin Qian yang merupakan Presiden untuk Pasaran China dan Mongolia, Hilton.
Hotel ini menampilkan 309 kamar tetamu dan suite dalam menara berketinggian 27 tingkat yang direka moden menghadap Sungai Mutiara (Pearl River). Lokasi yang strategik di tengah-tengah pusat perniagaan memberikan perhubungan terus ke pusat beli-belah premium juga hiburan dan destinasi berunsurkan kesenian di sekitarnya. Antara tarikan yang berdekatan adalah Muzium Guangdong, Guangdong Opera House dan Menara Canton yang turut dihubungkan melalui sistem pengangkutan awam.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Volvo Menghidupkan Rasa SELAMAT
Jun 02, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026

