GLAM Deko Kediaman – Imbauan Nostalgia 60-an
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Berlindung di balik kepesatan aktiviti kota, kediaman teres dua tingkat dengan seni bina raw industrial melangkaui jangkauan imaginasi sesiapa jua yang melangkah masuk. Binaan dinding bata merah melapisi pintu masuk utama menggantikan fungsi alat pelindung (shading device) yakni louvers atau tirai jendela; bertindak memberi privasi buat penghuni kala menyambut tetamu terutama yang tidak dikenali. Mengekalkan seni bina asal bangunan yang wujud sejak era 60-an lagi, pemilik mengiringi ritma sama bagi menata keseluruhan wajah dekorasi kediaman.
Kediaman ini dimiliki oleh Cheah Khai Kid, seorang pensyarah senior di Fakulti Reka Bentuk dan Seni Universiti Taylor’s,
Dari ruang makan, pandangan mata dilontar terus ke arah courtyard yang dibina bertentangan ruang tamu dan ruang makan.
“Courtyard ini adalah reka pelan asal bangunan. Saya memang berhasrat mahukan rumah bersekali binaan courtyard. Bagaikan bulan jatuh ke riba, kediaman ini memiliki tiga courtyard termasuk di bahagian hadapan kediaman dan dapur, membolehkan mata melihat kehijauan dari seluruh sudut kediaman bermula dari ruang tamu, ruang makan, dapur sehingga kamar beradu,” kata Kid.
Struktur kediaman seluas 2, 500 kaki persegi ini merangkumi ruang tamu, ruang makan, ruang kerja dan dapur di aras bawah. Manakala, aras dua menempatkan dua kamar beradu, ruang menonton, dan mini perpustakaan.
Mengagumi hasil kerja arkitek Sri Lanka, Geoffrey Bawa, Kid dipengaruhi elemen penting karya Bawa menerusi keterbukaan ruang dan landskap hijau. Selesa dan harmoni dalam susun atur kamar tamu konvensional, perabot kayu lama masih berkeadaan kukuh dan cantik diperaga di ruang tamu utama.
Kreatif dan berseni, fabrik motif alam daripada gedung IKEA tergantung cantik sekaligus menjadi titik fokal kamar tamu.
Tambah Kid, “Saya sukakan fabrik. Setiap kali mengembara saya pasti membeli fabrik. Termasuklah ketika kembara di Colombo, Sri Lanka, saya berhabisan di butik fabrik, Barefoot yang dimiliki oleh pereka dan penulis London, Barbara Sansoni. Kesemua fabrik ini saya jadikan perhiasan dinding, sarung kusyen mahupun kemasan lembut untuk bangku,”
Pilihan Bacaan Seterusnya
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
May 25, 2026
Pertunjukan Koleksi Louis Vuitton Cruise 2027 Tampil Di Luar Jangkaan
May 25, 2026
Our Second Nature Sambut Satu Dekad Dengan ‘Mise-En-Place’
May 25, 2026
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
May 24, 2026
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari Berbanding ‘Perfume’
May 22, 2026
Barang Kemas Yang Curi Tumpuan di Cannes 2026
May 22, 2026
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan Kuasa Pilihan Komuniti Kecantikan
May 21, 2026

