Diari – Takhlukan Baru St. Regis
Rangkaian hotel mewah St. Regis mengumumkan takhlukan terbarunya di Asia, St. Regis Hong Kong. Simbolisme aras baru untuk generasi masa hadapan dan mercu tanda di Hong Kong, St. Regis berlokasi di daerah komersil tersibuk, Wan Chai, berdekatan dengan Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC) dan hab utama untuk institusi kebudayaan tempatan dan asing.
St. Regis Hong Kong dipersembahkan dalam gaya kotemporari unik diselangi unsur warisan dan budaya tempatan oleh pereka, André Fu. André Fu mewujudkan atmosfera kediaman moden sama seperti St. Regis New York sesuai untuk pertemuan perniagaan dan juga destinasi untuk orang berkumpul dan bersantai.
St. Regis Hong Kong memayungi 112 unit kamar penginapan dan 17 suite signatur berukusan 538 hingga 2, 583 kaki persegi. Pengunjung berpeluang mendapatkan khidmat layanan 24 jam butler dan servis e-butler sebagai fasiliti tambahan.
St. Regis sememangnya terkenal dengan pengalaman gastronomi menakjubkan, di St, Regis Hong Kong; pengunjung boleh menikmati hidangan mewah Perancis di restoran L’Envol kendalian chef bintang Michelin atau makan malam hidangan Cina di Rùn.
Maklumat lanjut dan tempahan bilik boleh dibuat di www.stregishongkong.com
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

