Central Park Tower Menara Residensi Tertinggi Dunia
Pelan rancangan bangunan kediaman tertinggi di dunia telah diumumkan dengan ketinggian 1, 550 kaki. Pencakar langit terbaru, Central Park Tower akan dibina di “Billionaire’s Row” yakni West 57th Street, New York.
Firma seni bina, Adrian Smith + Gordon Gill bakal menggalas tugas mereka struktur menara residensi berprestij ini. Dasar menara akan terbina ruang pamer Nordstorm setinggi tujuh tingkat. Bermula pada aras 32 hingga 179, unit kediaman dua hingga lapan bilik tidur berkeluasan 1, 435 hingga 17, 500 kaki persegi – yang direka oleh Studio Rottet.
Dibina dengan 300 kaki dari atas paras jalan raya, cantilever menara pusat di timur, memberikan pemandangan taman untuk semua unit kediaman yang menghadap aras utara. Reka pelan lantai ruang tamu dan bersantai akan dibina dibahagian sudut-sudut bagi memaksimumkan pemandangan.
Menara ini juga akan memiliki kemudahan kelab; Central Park Club seluas 50, 000 kaki persegi merangkumi 3 aras bangunan. Terletak di tingkat 14, kemudahan lounge, bilik-bilik fungsi, teres luaran dengan kolam renang sedalam 63 kaki, bar, perkhidamatan makanan dan minuman, pusat kesihatan antara yang disediakan.
Kata Gorodn Gill dari firma Adrian Smith + Gordon Gill Architecture, "Menara taman utama dirancang mengambil sinergi kota besar New York dalam masa sama mencipta alamat yang eksklusif berpadanan lokasinyadi billionaires row dan Centrak Park."
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Maison Francis Kurkdjian Kembalikan Koleksi My Very Intimate Perfumes
Jun 23, 2026
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Jun 23, 2026
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki
Jun 23, 2026
Pesona Yeji Bertemu Keanggunan Paris Dalam Kempen Roger Vivier
Jun 19, 2026
Bergaya Seperti Jennie Dengan Ray-Ban
Jun 19, 2026
Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon
Jun 19, 2026
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Jun 19, 2026

