Tip Makan Angin di Jakarta

Tip Makan Angin di Jakarta

Maria Renata di JakartaGambar: Maria Renata di Jakarta (Arkib GLAM)

 
Ramai yang berpendapat Jakarta sebuah kota yang sangat sibuk dan penempatannya yang sangat padat, namun jika mengenali Jakarta lebih dekat, ada sisi ketenangannya! Perjalanan yang mengambil masa selama dua jam dari kesibukan kota mampu membawa anda ke kawasan hutan tropika di Jakarta yang sememangnya membuatkan anda terpegun seolah-olah sedang berada di hutan hujan yang indah di Brazil!
 
Tidak sah jika anda tidak mengambil peluang untuk mencuba rawatan spa di Jakarta ini sebelum pulang. Bagi penggemarnya, menu rawatan di sini sudah cukup mengujakan anda kerana kebanyakkan pusat spa menggunakan bahan remedi yang setanding dengan rawatan yang disediakan oleh rangkaian spa lain!
 
Hotel
Bagi yang mengidamkan tempat penginapan yang hanya selangkah dari pusat membeli-belah, Keraton at The Plaza hotel adalah pilihan yang tepat untuk mereka! Kedudukannya yang juga berdekatan dengan ikonik monumen Selamat Datang serta bangunan-bangunan bersejarah di situ juga menjadi salah satu tarikan utama hotel ini. Sebanyak 140 buah bilik dan suites direka berkonsepkan kontemporari Indonesian Style berserta kelengkapan bilik yang mewah. Hotel mewah ini turut menjanjikan menu makanan yang terbaik dari dapur restoran mereka. Selain itu, ruang untuk mengendalikan majlis-majlis korporat turut disediakan oleh hotel. Dan jangan lupa untuk mencuba juga rawatan spa di sini!
 
Makan
Jika anda singgah ke Jalan Veteran, jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa Dapur Babah yang menyediakan makanan klasik Jawa, Belanda dan Peranakan sambil menghayati keindahan dekorasi restoran tersebut yang menempatkan hiasan barangan antik dari zaman penjahahan Belanda di Indonesia.
 
Kunjung
Anda pasti mahukan percutian yang jauh lebih tenang dari melayari kesibukan kota, jadi apa kata singgah di The Javanna Spa yang terletak 55km dari kota Jakarta untuk memanjakan diri selepas penat seharian berjalan! Terletak di tengah-tengah hutan, pemandangan gunung-ganang dan air terjun yang menyeronokkan sering menjadi pilihan ramai untuk berkunjung ke sini. Menempatkan 30 buah banglo yang diserikan dengan hiasan taman berkonsepkan Jepun menyediakan pelbagai menu rawatan spa di sini. Tidak lupa juga, tiga hidangan yang sihat akan disediakan dari dapur mereka setiap hari. Apa kata anda cuba rawatan herba dan hot stone massage pada pagi hari jika anda berpeluang menikmati rawatan di sini.
 
 

See also
Kurus Cara Carey Ng