Konsert Sheila on 7 Menggamit Nostalgia 7000 Peminat di Kuala Lumpur
Sedekad selepas Sheila on 7 (So7) menerjah industri muzik dan telah mencipta rekod dengan setiap single mereka yang masih lagi popular di Malaysia, legasi mereka diteruskan lagi dengan konsert kedua mereka di Kuala Lumpur semalam.

Foto EH! | Legitography
Dengan kehadiran hampir 7000 peminat dari Malaysia, Indonesi, Brunei, dan Singapura, StarXpo Hall, KWC Fashion Mall menjadi saksi gabungan unik kugiran Indonesia ini bersama peminat tegar mereka, Sheila Gank.
Sebaik sahaja Duta (vokalis), Eross (gitar), Adam (bes), dan Brian (drum) tampil di atas pentas, setiap pelosok StarXpo Hall itu, literally, bergegar dengan sorakan gemuruh Sheila Gank.
Dalam tempoh tiga jam konsert itu berlangsung, So7 mendendangkan 17 buah lagu daripada diskografi mereka termasuklah lagu terbaru mereka yang dipersembahkan secara langsung buat pertama kali, Film Favorit. Antara lagu-lagu hit lain yang dimainkan pada malam itu adalah Harber, J.A.P, Bila Kau, Seberapa Pantas, Tunjuk, Dan, Itu Aku, Pejantan, Radio, Sephia, Betapa, Kita, Pemuja, Lapang Dada, Melompat Lebih Tinggi, dan Sebuah Kisah Klasik.
Saya sangat senang hati dan berterima kasih pada sokongan peminat yang masih setia bersama SO7. Kami berharap agar semua peminat terhibur dengan persembahan kami pada malam ini. Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia terutama dari luar Kuala Lumpur yang sanggup hadir menonton persembahan SO7.” – Duta, vokalis So7.
Klik seterusnya untuk melihat imej-imej menawan daripada malam itu.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
