Supermodel & Super Mum Kimora Lee Simmons Does It All

Kimora Lee Simmons: A Model, Mom & Mogul

Siapa sangka gadis Jepun-Amerika yang dibesarkan di bandar St. Louis, Missouri dapat memperagakan koleksi Chanel pada umur 14 tahun?

 

 

Dilahirkan pada 4 May 1975, Kimora Lee Simmons ditemui Marie-Christine Kollock dari Paris Agency Glamour, yakni sebuah agensi model antarabangsa di sebuah pertandingan peragaan. Kimora kemudiannya diberi kontrak oleh jenama Perancis, Chanel dan tanpa ragu-ragu terus berhijrah ke kota cinta Paris — the rest is history. Beliau dilatih dan dididik oleh ikon ternama dunia fesyen, Karl Lagerfeld.

 

 

Kimora menempa nama sejurus memperagakan koleksi haute couture oleh Karl pada tahun 1989. Kesohoran Kimora serta etniknya yang dianggap unik oleh dunia fesyen ketika itu memberi peluang kepada beliau untuk bekerjasama dengan berbagai-bagai label gergasi yang lain, seperti Valentino Garavani dan Yves Saint Laurent. Antara muka hadapan majalah yang pernah dihiasi Kimora ialah Harper’s Bazaar edisi Malaysia, Indonesia, Jerman dan Singapura.

 

Kerjaya beliau tidak berhenti di runway sahaja — 

See also
Coach x Michael B. Jordan Kolaborasi Eksklusif Buat Peminat Naruto

 

Foto: Getty Images

Pada awal 2001, bekas suaminya, Russell Simmons melantik Kimora sebagai Presiden label Baby Phat, iaitu counterpart jenama Russell, Phat Farm. Kimora merevolusikan dunia fesyen hip-hop wanita dan dalam beberapa tahun sahaja, dari sebuah label kecil, Baby Phat telahpun menjadi sebuah empayar dalam dunia fesyen.

 

Jenama itu telah mendominasi gaya-gaya hip-hop yang amat digemar pada zaman itu. Pada tahun 2005, Kimora dianggap sebagai wanita kedua terkaya di New York. Beliau juga merupakan salah satu wanita Afrika-Amerika pertama yang menjadi presiden sebuah syarikat yang bernilai USD 1 billion.

 

Foto: vibe.com

Kimora juga amat terkenal dengan rancangan realiti beliau yang disiarkan di saluran E! iaitu Kimora: Life in The Fab Lane. Beliau digelar sebagai perintis rancangan realiti kerana rancangan tersebut meraih sambutan yang begitu menggalakkan — ia memberi jalan buat rancangan realiti kini seperi Keeping Up With The Kardashian. Kimora juga pernah menjadi juri tetamu buat America’s Next Top Model Cycle 1 di samping melakonkan beberapa watak sampingan buat filem, televisyen dan muzik video.

See also
Girls Watch Too! Trafik Laman Dewasa Malaysia Naik Mendadak

 

 

Selain menjadi wanita bekerjaya dan berinovasi, Kimora juga merupakan seorang supermum! Beliau menikahi Russell Simmobs pada Disember 1998. Pasangan ini dikurniakan dua puteri bernama Ming Lee Simmons dan Aoki Lee Simmons. Mereka berpisah pada tahun 2006.

 

 

Dua tahun kemudian, Kimora telah menikahi Djimon Hounsou, seorang pelakon dan model. Seorang zuriat bernama Kenzo Lee Hounsou dikurniaikan hasil perkahwinan 5 tahun mereka. Kimora telah mengesahkan pernikahan beliau bersama bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner. Mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada bulan April 2015 bernama Wolfe Lee Leissner.