Anjuran Journey of Taste Satu Tanda Penghargaan
Keselesaan membeli-belah – Terdapat jenama-jenama mewah kegemaran anda di bawah satu bumbung dan mudah juga memenuhi selera setelah seharian di situ. Memahami keperluan penggunjung, Pavilion menganjurkan Journey of Taste untuk kali kedua sepanjang Oktober 18.
Terdapat lebih 10,000 pilihan menu untuk siang atau makan malam mengikut selera anda sama ada juadah tempatan atau antarabangsa. Varian pilihan daripada 150 restoran eksklusif dan juga sederhana untuk dinikmati.
Bermula dengan menu berat di BBQ Nation, Grand Imperial atau Nasi Lemak Ong, kemudian ke menu sihat seperti The Fish Bowl atau pemanis mulut di Dip N Dip. Atau sekadar mahu minum kopi di Acme Bar, Paul atau mahu bawa pulang donut Krispy Kreme.
“Sempena Visit Pavilion 2018 dan sambutan ulang tahun ke 10, Journey of Taste ini diharap pengalaman berharga, memenuhi selera, satu lagi ganjaran diberikan kepada pengunjung,” ujar Kung Suan Ai, Director of Marketing, Pavilion.
Terdapat cabutan bertuah kepada pengunjung yang berbelanja lebih RM500 dalam satu resit dan anda berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan ke Eropah. Kunjungi laman web pavilion untuk maklumat lanjut.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Raikan Ikatan Abadi Di The RuMa Hotel Bersama ‘Chapters of Craft’
May 04, 2026
Pesona Yang Teramat Mulia Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah
May 04, 2026
City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit
May 02, 2026
5 Indoor Park Menarik untuk Cuti Labour Day
May 01, 2026
Sabato’s Kembalikan Momen Dekad 70-an
May 01, 2026
5 Destinasi Estetik Rawatan Kuku Di Klang Valley
May 01, 2026
Kolaborasi Khas Lancôme x The Devil Wears Prada 2
Apr 30, 2026

