Jasmine Tookes Menakluk Dunia Peragaan - Glam Malaysia

Jasmine Tookes Menakluk Dunia Peragaan

Model berusia 25 tahun ini kian menjadi tumpuan para ikon fesyen. Beliau merupakan antara model in demand kini. Berita ini tidak mengejutkanlah kerana Jasmine seorang jelitawan bukan sahaja berbakat dalam bidang dipilihnya, beliau juga merupakan seorang beraspirasi tinggi.

 

 

Ketika kecil, beliau menjadikan Tyra Banks, antara peraga Victoria’s Secret terawal, sebagai idolanya. Beberapa tahun kemudian, yakni 2012 sampai masa bagi Jasmine pula meraga di pertunjukan fesyen jenama gergasi itu.

 

Beliau memulakan kerjayanya bersama GAP pada tahun 2010, dan kini telah meragakan busana dari berpuluh-puluh jenama high fashion termasuklah Herve Leger, Marchesa, Balmain, Helmut Lang dan Oscar de la Renta.

 

 

Sebagai tambahan, portfolio rupawan berdarah Afrika dan Brazil ini dilengkapi dengan lembaran fesyen di majalah Vogue (Amerika, Itali, Sepanyol, Perancis dan Jerman), Harper’s Bazaar, V dan W.

 

Jasmine juga pernah dijadakan wajah utama bagi beberapa kempen berskala besar oleh Jimmy Choo, Calvin Klein, DKNY dan Ralph Lauren.

 

 

Bertemakan The Bright Night, beliau bakal meragakan Fantasy Bra Victoria’s Secret di pertunjukan fesyen yang dinanti-nantikan ramai pada hujung tahun ini!

 

 

Talk about an impressive repertoire!

 

Oleh: Aizat Azman Shah