Aktiviti yang Menyeronokkan Di Hujung Minggu - Glam Malaysia

Aktiviti yang Menyeronokkan Di Hujung Minggu

03d60534

Gambar: INGimage


 
Setiap kali hari Jumaat, pasti semuanya akan bersorak kegembiraan kerana ini menandakan hujung minggu bakal tiba. Walaupun anda penat bekerja, jangan sesekali biarkan hujung minggu anda jadi membosankan. Cuba aktiviti yang menyeronokkan untuk menghilangkan segala penat-lelah. GLAM senaraikan lokasi yang boleh anda kunjungi untuk berehat di hujung minggu.
 
Percutiaan dua hari satu malam
 
Percutian Eko

Serendah, Selangor antara lokasi yang mempunyai tarikan pelancongan eko yang cukup menarik. Keindahan air terjunnya pasti akan membuat anda teruja. Anda boleh bermalam di Sekeping Serendah yang jaraknya hanya lima minit dari bandar Serendah. Di sini memang cukup tenang dan anda juga boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan rasa seperti tinggal di hutan namun masih mempunyai keperluan lengkap. Lagi seronok sekiranya anda merancang percutian ini bersama teman-teman. Anda boleh mengadakan akiviti barbeku di tepi kolam renang.
 
Relax in The City

Bagi anda yang tidak minat dengan percutian di luar bandar, anda boleh mengambil kesempatan ini untuk check-in dan bermalam di Ascott Sentral, Jalan Tun Sambanthan dan memanjakan diri anda dengan perkhidmatan yang disediakan. Anda juga boleh mengambil peluang untuk mengunjungi tempat bersejarah di Kuala Lumpur yang tidak dapat anda lakukan kerana kesibukan bekerja seperti Jalan Masjid Jamek, Muzium Coklat, Bandar Roti High 5 dan banyak lagi. Sekiranya anda tidak mahu bersesak-sesak dengan orang ramai, anda boleh sahaja keluar membeli-belah atau bermalasan di hotel. Bersantai sambil membaca di tepi kolam renang juga aktiviti yang menarik.
 
Percutian sehari semalam
 
Berkunjung ke Genting Highlands

See also
Modernis Pop!

Lokasi hangat dengan pelancong ini hanya mengambil masa 45 minit dari Kuala Lumpur. Ambil angi sejuk sambil merakamkan memori buat kenang-kenangan. Anda juga boleh singgah di restoran Bubbles & Bites yang terletak di Resorts World Genting yang menghidangkan hidangan pasta dan anda boleh lihat sendiri cara ia dimasak.
 
Aktiviti Lasak

Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, rancanglah aktiviti bersama teman-teman untuk mendaki bukit. Di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ada banyak likasi untuk aktiviti seperti ini. Paling dikenali adalah Bukit Broga, atau dikenali juga dengan nama Bukit Lalang. Terletak 40 minit dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Broga mempunyai tiga puncak kesemuanya. Selain mendaki bukit, anda juga boleh merakam gambar. Selain dari Bukit Broga, anda juga boleh kunjungi Bukit Putih atau Bukit Apek, Cheras. Jika anda mahu menikmati keindahan alam yang tenang, anda boleh meneruskan perjalanan sehingga  Bukit Saga, Ampang. Anda bakal terjumpa air terjun nanti!
 
Sumber: Cosmopolitan

See also
Akhiri Jelajah Asia, Eric Nam Pukau Peminat Malaysia