Sejenak Bersama Aina Syahirah
Wanita anggun yang juga merupakan pengasas bersama Kulet antara wajah-wajah muda yang diraikan sebagai Most GLAM pada tahun 2017. GLAM mengambil peluang untuk sejenak bersama Aina Syahirah dan ikuti perkembangan terkininya.
Bersama teman rapatnya, Julie Anne Kang, mereka bertindak sebagai pengasas bersama dan orang kuat di sebalik label sepatu kulit mesra alam tempatan iaitu Kulet. Sentuhan mereka dalam setiap rekaan Kulet yang chic minimalist pantas menjadi dambaan fashionista tempatan. Bahkan setiap kali mereka mengeluarkan koleksi baru, sepatu tersebut sold out hanya dalam masa beberapa hari sahaja.
Aina Syahirah, lulusan jurusan Media & Komunikasi dari Universiti Taylor’s ini diraikan sebagai Most GLAM pada tahun 2017 atas dedikasinya terhadap kerjaya dan misinya untuk berjaya
Throwback Most GLAM 2017, Sejenak Bersama Aina Syahirah
Beberapa tahun sudahpun berlalu, jadi kami di GLAM bertanya khabar Aina tentang perkembangan terbarunya.
1) Apa khabar Aina? Apakah perkembangan terbaru anda sekarang?
Saya baik sahaja! Sihat dan gembira. Terima kasih bertanya khabar. Buat masa sekarang fokus utama saya adalah keluarga dan Kulet, iaitu jenama sepatu tempatan yang saya asas bersama dengan rakan perniagaan pada tahun 2016.
2) Bagaimanakah kehidupan anda sejak anda menjadi salah seorang daripada Most GLAM pada tahun 2017?
Wow, life looks so different these days and I couldn’t wish for more. Saya berkahwin pada tahun 2020 dan melahirkan anak perempuan pada tahun 2022. Saya tidak percaya enam tahun sudah berlalu!
3) Melihat kembali hidup anda sebelum ini dan dibandingkan dengan sekarang, adakah anda akan lakukan sesuatu yang berbeza?
Jujurnya, saya sangat gembira dengan perjalanan hidup saya sehingga sekarang. I think within my career window, saya telah capai matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Dan bagi matlamat yang masih belum tercapai, saya telah menerimanya sebagai ia bukan rezeki saya dan moved on.
Having said that there’s really nothing I would change. Saya tahu ia klise dan cringe tetapi itulah apa yang saya rasa sekarang.
4) Bagaimana anda huraikan stail peribadi anda? Adakah cita rasa peribadi anda dicerminkan dalam koleksi Kulet?
Stail saya sudah pasti lebih berkembang. Dulu saya lebih berani untuk mencuba trend-trend baru namun kini saya sudah temui stail dan siluet yang bersesuaian dengan jenis tubuh saya (tubuh saya berubah selepas bersalin).
Kini saya lebih selesa dengan siluet yang longgar, saya juga lebih banyak memberi perhatian kepada perincian helaian seperti jenis material yang digunakan. Saya cukup berbangga yang saya dapat cipta gerobok kapsul dengan helaian klasik yang saya gemar dan selesa memakainya.
Kulet sebaliknya, sentiasa mempunyai gaya signatur dari kami bermula dan selama ini kami telah mengekalkan gaya teras dan cuba untuk tidak terlalu dipengaruhi oleh trend. Namun sebagaimana anda tahu, dengan apa-apa berkaitan dunia kreatif, you can never say never.
Kami kini telah menjadi mesra dengan logam jadi anda akan melihatnya disuntik dalam koleksi kami yang akan datang. Satu lagi perkara menarik yang kami selami ialah kerjasama beg bersama Nazifi Nasri. Ia adalah kerjasama yang berterusan dan kami sangat gembira dengan maklum balas kolaborasi ini.
5) Apa satu item fesyen yang anda tidak boleh hidup tanpanya?
Kemeja putih oversized yang berkualiti tinggi. Anda boleh menggayakannya up or down, ia sememangnya mesti ada dalam almari pakaian semua orang.
6) Apa definisi self-care buat anda?
Apabila saya dapat menikmati hidangan kegemaran saya tanpa tergesa-gesa. Anak perempuan saya biasanya tidak akan membenarkan ini setiap kali saya makan bersamanya. Jadi bila-bila boleh, suami dan saya akan keluar bersama supaya kami dapat menikmati setiap suapan. Saya tidak begitu suka makan bersendirian.
7) Apakah kesilapan kecantikan terbesar anda yang pernah anda lakukan?
Overplucking kening saya. Tidak akan saya lakukan lagi! Jadi kids, tolong jangan lakukannya. Dengar cakap Aunty Aina.
8) Sebagai seorang ibu, apakah nasihat yang akan anda berikan kepada anak semasa dia melayari kehidupan pada masa hadapan?
Wow ini sesuatu yang saya fikirkan setiap hari dan ia membuatkan saya emosi setiap kali memikirkannya! Saya rasa jika hanya ada satu perkara, saya ingin dia tahu bahawa Mama akan sentiasa ada untuknya, melalui masa senang atau susah, dia tidak perlu melalui apa-apa keseorangan. Dan saya harap itu akan memberi dia keyakinan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya sendiri.
9) Apa seterusnya untuk Aina?
Tumpuan saya adalah pada keluarga saya sekarang, jadi saya teruja untuk melihat bagaimana saya akan berkembang sebagai seorang isteri, ibu dan pada masa yang sama seorang usahawan. Saya berharap dapat menjadikan next chapter of my life lebih bermakna seperti yang hidup saya sebelumnya inshaAllah.
Artikel berkaitan: Bual Cantik Bersama YBhg Puan Anis Nabilla