Raja Ilya Berkongsi Foto & Nama Pilihan Indah Buat Puteri Sulung - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Raja Ilya Berkongsi Foto & Nama Pilihan Indah Buat Puteri Sulung

Raja Ilya Berkongsi Foto & Nama Pilihan Indah Buat Puteri Sulung

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Syukur Alhamdulillah, puteri kami telah selamat dilahirkan. Hari ini saya melalui momen magikal melahirkan anak perempuan saya, Talita Love.

“Kami menangis kegembiraan dan saya masih terkejut. Terima kasih atas segala kasih sayang, sokongan dan doa,” tulisnya.

Pelakon itu turut berkongsi keterujaannya untuk pulang ke tanah air bersama suami tidak lama lagi. “Tak sabar nak balik Malaysia awal tahun hadapan dengan bayi. Tunggu kami okey.”

Raja Ilya yang kini menetap Perth, Australia melahirkan puterinya seberat 3.6 kilogram di Hospital King Edward pada 1 Julai 2022 sekitar pukul 11 pagi.