Pengalaman Perit Kylie Jenner Selepas Kelahiran Anak Kedua - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Pengalaman Perit Kylie Jenner Selepas Kelahiran Anak Kedua

Pengalaman Perit Kylie Jenner Selepas Kelahiran Anak Kedua

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Usahawan berusia 24 tahun itu turut berkongsi swafoto dirinya bersama alat senaman berserta kapsyen, “6 minggu postpartum” dan mengakui tidak menyangka dia mampu mencuri sedikit masa untuk bersenam.

“Di internet kita nampak ibu-ibu lain melalui pengalaman ini dengan mudah dan ia mula memberi tekanan kepada kita. Ia tidak mudah untuk saya. Ia amat sukar dan saya mahu berkongsi mengenai pergelutan ini dengan anda.”

Menerusi hantaran berasingan, dia memberi sokongan dan kasih sayang buat para ibu di luar sana yang mungkin sedang melalui pengalaman serupa sepertinya.

“It’s okay not to be okay. Apabila menyedari saya meletakkan tekanan pada diri sendiri, saya terus mengingatkan diri bahawa tubuh saya baru sahaja menghasilkan serta melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan comel. Untuk keluar daripada situasi ini, kita perlu berhenti meletakkan tekanan atas bahu sendiri.”

 

Foto: Getty Images

 

Baca: The Devil Wears Prada: “Saya Depresi Disebabkan Watak Miranda Priestly” – Meryl Streep

See also
Jennifer Lawrence Sambut Kehadiran Cahaya Mata Pertama