Dr. Jezamine Lim Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric
Dr Jezamine Lim Volvo C40 Recharge Pure Electric

Dr. Jezamine Lim Pandu Uji Volvo C40 Recharge Pure Electric

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Kongsikan pengalaman mengecas kereta elektrik ini di rumah?

Oleh kerana Volvo C40 Recharge Pure Electric menggunakan palam 3-pin yang standard, ianya tiada masalah untuk mengecas kereta di rumah. Cukup mudah dengan sedikit perancangan dan kepekaan dalam mengawasi kuasa bateri. Seperti telefon pintar, mudah untuk kita mengadaptasikannya dalam kehidupan harian nanti.

 

Dr Jezamine Lim Volvo C40 Pure Electric Recharge

 

Pada pendapat anda, mengapa kereta elektrik merupakan masa hadapan sebenar dalam dunia automotif?

Perkara paling utama ia memberikan idea supaya kita tidak menambahkan lagi masalah pencemaran alam sekitar. Hari ini semuanya berkisah tentang kelestarian dan lantas penggunaan kereta elektrik adalah solusi terbaik untuk masa hadapan. Tambahan, minyak petrol pula pasti akan kehabisan satu hari nanti.

 

Secara keseluruahn, mengapakah Volvo C40 Recharge Pure Electric menjadi pilihan pertama dalam pemilihan kereta elektrik anda?

Pertama sekali, reputasi keselamatan Volvo yang tiada bandingan. Juga, ianya cukup mudah dan selesa untuk pemanduan. The fact that it looks great doesn’t hurt!

See also
Peluncuran Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Terbaharu

 

 

Volvo C40 Recharge Pure Electric juga merupakan kenderaan elektrik yang dipasang sepenuhnya di Malaysia. Buat yang berminat untuk mencuba kereta berkuasa elektik terbaharu ini boleh membuat tempahan pandu uji melalui platform e-dagang Volvo Car Malaysia. Tempahan dan bayaran juga boleh dilakukan secara terus melalui www.volvocars.com/my.

 

Foto: Dr. Jezamine Lim

Baca lebih lanjut: Elektrifikasi Volvo C40 Recharge Pure Electric Kini Bermula