‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V
Baru-baru ini, pendedahan laporan antarabangsa berkaitan perkahwinan dan seterusnya kelahiran cahaya mata Sultan Muhammad V bersama isterinya Rihana Oksana Petra mendapat perhatian umum. Malah, Rihana atau nama sebenarnya Oksana Voevodina secara rasminya berkongsi gambar kelahiran cahaya mata pertama mereka yang lahir pada 21 Mei yang lalu di laman Instagramnya, walaupun belum ada kenyataan rasmi dari pihak Sultan Muhammad V atau pihak istana sendiri.

Dan baru-baru ini berdasarkan perkongsian Rihana, Rihana nyata kini dilamun bahagia bersama suami tersayang malah turut berkongsi detik perkenalan bersama Sultan Muhammad V, apatah lagi dirinya mengakui keputusan untuk berkahwin merupakan pilihan yang tepat.


Namun, berdasarkan laporan di media bertarikh 20 Julai, Firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bercerai talak tiga dengan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko. Peguam, Koh Tien Hua, memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

Apa-apa, semoga tabah buat kedua belah-belah pihak.Tanpa membuang masa, jom kita rekap kisah cinta mereka berdua melalui perkongsian Rihana di laman Instagramnya @rihanapetra.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Jul 08, 2026
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Jul 08, 2026
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Jul 08, 2026
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Jul 08, 2026
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Jul 07, 2026
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jul 07, 2026
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Jul 06, 2026

