GLAM Exposé: Berkawan Atau Berlawan? - Glam Malaysia

GLAM Exposé: Berkawan Atau Berlawan?

Berapa ramai di antara kita yang mempunyai teman sejati? Teman yang dapat berkongsi sewaktu gembira dan duka kita. Dan teman yang saling memberi semangat antara satu sama lain. Apabila kita dilanda musibah, si teman umpama pelita yang memberi sedikit cahaya agar kita tidak teraba-raba di dalam kegelapan. Dialah tempat kita mencurahkan isi hati kerana tidak semua benda boleh dikongsikan bersama orang lain. Hari ini saya terpanggil untuk mengupas nilai erti persahabatan. Kerana daripada kanta mata saya, jalinan persahabatan hari ini sudah tidak begitu telus. Masing-masing ada udang di sebalik batu. Ada agenda tersendiri. Within our society and across the Internet, the term ‘girl squad’ is trending, shining a light on the power of female friendships.

Hei di KL ini sudah jadi trend dengan seangkatan teman-teman hot yang dicerminkan sebagai ‘dream squad’? Dan dalam group girls squad ini semua mesti cantik. Baru instagram worthy! Oh yes, people nowadays live in their pictures. Oops…kadang-kadang persahabatan itu hanya terjalin untuk paparan Instagram sahaja. Hakikatnya di luar Instagram, masing-masing tidak pedulikan sama sendiri. Masing-masing ada perasaan dengki-mendengki, mengutuk antara satu sama lain di belakang. Nampak saja ‘dream squad’ kalau tahu hakikatnya amat menyedihkan! Ada cerita, salah seorang group Datin ada yang six packs. Hebat pada usia 40-an perut mampu ada six packs. Yang Datin ini sangat tercabar dengan temannya. Hati dia panas apabila berderet-deret netizen memuji temannya yang memiliki badan yang cantik. Datin ini dalam diam berhempas pulas mahu dapat six packs seperti temannya. Malangnya dia tidak bernasib baik kerana pada usia 40-an metabolism tubuhnya tidak tinggi, makan sikit sudah naik berat badan dan dia amat tertekan dengan situasi itu. Bukan nak kurus untuk Datuk tapi sebab cemburu dengan teman baiknya. Benarlah kata pepatah, women don’t dress for men but for other women.

Hei kalau dah mulakan sambutan hari jadi di luar negara, tak akan seorang saja dapat layanan istimewa sebegitu, haruslah semua teman-teman dalam clan itu diraikan setimpal. Jadi duit kena simpan siap-siap ya untuk majlis-majlis hari jadi yang seterusnya. Naik flight sudah tentu kelas pertama paling tak pun kelas bisneslah. Inilah yang dialami oleh sosialit yang seorang ini yang berada dalam kelompok kumpulan popular di kota. Pada mulanya dia seronok mengikut lifestyle ‘itu’ tetapi lama-kelamaan naik semput untuk keep up with the game. Kalau nak keluar makan mesti fine dining. Nak tunjuk di Instagram yang squad mereka living life to the fullest. Nak keluar makan malam fine dining, mestilah rambut perlu didandan dan wajah perlu disolek. Haruslah upah jurusolek dan hairstylist. Bil makan seorang kalau dah restoran lima bintang tahu-tahu sajalah ya! Semua memerlukan wang yang sangat besar. Katanya erti persahabatan sekarang banyak bermain dengan jumlah wang yang sangat besar. “Mana pergi sahabat yang kita tidak perlu membuktikan apa-apa dan hanya menjadi diri sendiri?” Ujar soasialit ini bingung.

See also
Gaya SAG Awards 2015

Dulu satu KL sembah ratu pada wanita ini. Yalah dia adalah antara wanita terkaya. Selepas bisnes jatuh merudum, satu demi satu teman-temannya pergi meninggalkan dia. Sedih bukan? Dulu kalau bergambar itu, dia ‘wajib’ di tengah-tengah dan diapit teman-teman yang lain. Begitulah betapa berpengaruhnya dia. Sewaktu dia di atas dialah paling banyak melabur wang hanya sekadar mahu berlibur bersama teman-teman. Kalau dalam seminggu mesti dia mahu mengopi bersama-sama dengan teman dan untuk itu dia akan tempah bilik Orchid Room khas untuk teman-temannya. Belum lagi apabila keluar bercuti bersama, dia sering keluar duit lebih tanpa berkira. Nasib tidak menyebelahi dirinya apabila bisnes jatuh dan dia tidak punya apa-apa lagi. Paling pahit sudahlah tidak ada yang mahu berteman dengannya lagi malah mereka lari kepada musuhnya dan berkawan pula dengan musuhnya. Mungkin sekarang teman-temannya itu sedang mentertawakan nasibnya bersama seterunya itu. Katanya, harta sebenar dia bukanlah wang ringgit atau teman-teman, tetapi anak-anaklah pengubat dukanya dan pada Illahi tempat dia mengadu.

See also
#PillowChallenge: Anne Hathaway Paling Win

Kisah sosialit ini, memanglah kaya tetapi bukanlah kaya sangat-sangat macam teman-temannya yang lain. Bila dah terikat dengan BFF ni, anak-anak yang sebaya usia mestilah jadi BFF juga. Nah si teman hantar anak ke sekolah antarabangsa. Aduh yuran setahun sudah RM100,000! Sakit koceknya? Tapi apa kan daya kerana semua anak-anak teman-temannya yang lain ke sekolah antarabangsa. Konon mahu jodohkan anak-anak mereka bersama apabila dewasa kelak tentulah kena melabur sikit. Ini belum lagi tiba hari jadi anak-anak si teman. Ingat toys kanak-kanak murah ke? Takkanlah sudah buat sambutan hari jadi besar-besaran hadiah biasa-biasa saja. Sudah tentu akan cecah ribuan ringgit juga. Sebelum ambil anak-anak ke sekolah kena duduk mengopi dulu atau buat rawatan kuku di spa. Ia adalah gaya hidup idaman semua orang, tetapi mampukan anda bertahan dengan lifestyle duit keluar seperti air itu?

Pun begitu, hakikatnya your family is the best team/squad you could ever have. Air yang dicincang tidak akan putus. Kalau misalnya kita terlantar sebulan di hospital pasti keluarga kita yang setia menunggu kita. Jika kita ditimpa musibah orang pertama yang kita minta bantuan pasti keluarga. Tetapi hari ini saya sedih melihat ramai orang yang mementingkan teman-teman melebihi keluarga sendiri. Kalau ada ahli keluarga yang memerlukan bantuan kewangan mereka keberatan menolong dengan alasan banyak komitmen. Walhal dengan kawan kita tidak berkira demi menunjukkan diri kita ini mulia. Ramai yang
menghabiskan banyak waktu bersama teman-teman tetapi tidak dengan keluarga. Apapun saya tidak nafikan, masih ada persahabatan yang nilainya begitu tinggi dan ikhlas berteman. Mereka menerima teman mereka seadanya dan membantu temannya untuk sama-sama berjaya dalam hidup. Teman sejati tidak menikam belakang sebaliknya menyimpan rahsia teman sehingga mati. Tetapi untuk mendapat teman seperti ini begitu sukar sekali. Apa sudah jadi dengan kita semua pada hari ini? Apa yang cuba kita buktikan dalam hidup sebenanrnya? Carilah kebahagiaan yang hakiki bukanlah kebahagiaan yang dibuat-buat.

See also
Kembalikan Sikap Romantis Pasangan
Teks: Tengku Ashley Hassan