Korner Mak Datin: PA Bongkar Rahsia Datin Kaki 'Propa'

Korner Mak Datin: PA Bongkar Rahsia Datin Kaki ‘Propa’

DatinX_______Gambar: Arkib GLAM

 
*Seperti yang diceritakan oleh Amira kepada Datin Julia
 
“Kawan-kawan I memang kuat mabuk, tengoklah kalau mereka dah high macam–macam kerenah. Lagi-lagi dengan perangai Datin A, acara tolak menolak dan baling dalam pool adalah perkara yang mesti ada setiap kali partinya. Sebelum parti liar mereka bermandi air arak, dan daripada I kena baling dalam pool lebih baik kita blah,” kata Suzanne memimpin tangan aku perlahan-lahan menyusur keluar ikut pintu belakang. Suzanne sudah bersedia dari awal, dia parkir kereta Audi TT putih miliknya di tempat strategik supaya tidak ada yang menghalang. Aku hanya mengikut sahaja, hakikatnya aku juga sudah naik rimas dengan mereka, tidak sanggup mahu tengok bila rupa manusia bertukar menjadi ‘setan’.
 
“I bagi alasan esok I ada flight ke Sandakan. I tak sanggup dengan dia orang yang kuat parti ni. Tahun lepas I kena campak dalam pool, subang Harry Winston kesayangan I hilang tau. Itu yang I sakit hati sangat! Lagipun tahun ini I dah pergi umrah, dah slow benda-benda begini. Kalau minum sahaja tak mengapalah juga, ini dia paksa telan ‘pil’ segala. I dah lama stop benda-benda itu. Kita bukan semakin muda, sudah tua. Mereka sahaja yang I tengok semakin ligat. Kadang-kadang I tengok muka dah tak ada seri, sinar mata sudah kusam, kalau diteropong urat mata dah berakar-akar keluar di mata putih. Mereka memang gila, hidup memang sosial boleh berganti-ganti, kau boleh try isteri aku, aku boleh try isteri kau. Haa… Itu perkara normal,” terang Suzanne. Aku hanya mendengar leteran Suzane. Aku selalu juga mengikut Suzanne, dia jika mabuk, macam-macam rahsia aku tahu. Suzanne juga pernah kata kepadaku, “Jika awak ingin tahu perkara sebenar, listen what she says when she get drunk.” So, aku banyak tahu hal ‘dalam kain’ kawan-kawannya waktu dia mabuk.
 
Datin A, selain business construction, sedang berjinak-jinak menjadi produser filem. Mahu ceburkan diri dalam showbiz pula. Dia memang suka open table, kalau datang parti hari jadinya mesti wajib mabuk. Ramai juga pelakon-pelakon senior atau junior datang, maklumlah inilah masa terbaik memperkenalkan diri, dan mencari contact atau job. Ada juga pelakon, berlakon dalam drama dan filem nampak innocent, bila mabuk tunggang terbalik. Bila minum free siapa yang mahu menolak. Kalau berparti satu malam berhabis berbelas ribu. Tetapi setiap kali deal payment dengan krew atau pelakon seperti biasa modalnya ialah “tak ada bajet.” Bila pelakon minta lebih sebab watak berat katanya tak ada bajet, bayar krew-krew pelakon semuanya ciput. No wonder filem dia pun banyak yang tak boleh pergi dan kurang mendapat sambutan di panggung. Well, it’s very simple… when you pay nuts, you get monkey!
 
Pernah juga seorang krew maki-hamun Datin A, katanya kereta besar, rumah besar tetapi kederat orang tak tahu nak bayar dan diludahnya. Esok lusa, tau-tau sahaja krew itu sakit tidak boleh bangun, lumpuh sebelah badan. Ada pula mulut-mulut di kalangan Datin yang tak ada insurans ini berkata, Datin ini ‘berisi’ orangnya. Kalau tidak masakan job besar-besar dia yang sauk. Datin A itu memang bijak dan licik dalam berbisnes, lihat sahaja siapa orang belakang yang boleh back-up dia.Sebab itu dia berani buat apa sahaja.
 
“Huh? Apa dia, bijak kata kau? Sorry ya… ‘Bimbo’ adalah. Manusia ada macam-macam kerenah, kalau tidak pakar yang ini, dia pakar benda lain pula. Yes..bijak sebab itu boleh jadi con-women. Nampak sahaja moden, cakap Inggeris macam bertih jagung, keluarnya berabuk. Bukan itu sahaja, siap loghat British tetapi sayang pantang dengar ada bomoh yang bagus cepat sahaja dia mencari,” umpat Suzzane sambil menunjuk ke arah rumah Datin Joyce yang malam itu ada buat house warming di hari yang sama.
 
“Kalau kau nak tahu Datin A dengan Datin Joyce ini sudah jadi seteru. Gara-gara berebut Datuk M tetapi kedua-duanya kena dump dengan Datuk M.” Mereka berdua itu tidak boleh terserempak. Bila bertemu, mereka bertegang urat, hampir melayanglah kek ke muka. Sampai sahaja, Suzanne bersalaman tangan dan berlaga pipi. Datin Joyce memperkenalkan PA barunya ‘W’ namanya. Hitam manis, kacak orangnya tetapi sayang ‘patah’. Sebenarnya W itu PA Datin A dulu. Sudah perang besar, apalagi berhenti kerja.
 
Datin A juga dikenali di kalangan teman-teman Datin Joyce, beberapa kawan yang dulu baik dengan Datin A, semua meluat, apalagi malam itu mengumpat tentang Datin A jadi agenda utama dan si W menjadi ‘entertainer’, secangkir kopi jadi semakin sedap, seronok kerana ‘desertnya’ gossip. Si W pula sudah buka rahsia tentang Datin A. Siapa sangka si ‘gay boy’ ini punya bakat terpendam menjadi entertainer. Jadi malam itu dia lah yang menghiburkan tetamu dengan lawak jenaka semula jadi. Merah padam muka datin-datin tergelak sakan mendengar cerita W. Dia memang kelakar!
 
“Dulu semasa kerja dengan dia, I dah tahu perangai dia, hanya dengarkan sahaja, tetapi jangan percayalah, dia memang kuat ‘propa’,” kata W dengan mimik muka lawak. “Apa itu ‘propa’?” Tetiba Datin Laila menyampuk, “Bahasa apa itu?” “Ops… itu bahasa ‘PLU’ (people like us), maksudnya cakap sedap sahaja habuk pun tak ada apa-apa, Datin?” Tergelak-gelak Datin Laila, malam ini dia sudah belajar satu perkataan baru. “What is ‘PLU’? I don’t get it,” Giliran Datin Sukasih menyampuk tersengih-sengih. “Nampaknya saya jadi cikgu malam ini, mengajar bahasa, tahniah kepada saya,” jawab W sambil tangan diletak pada dada, mata ke atas dan kepala dilentuk, memang terserlah gaya ‘gay boy’ nya itu. Hilai-tawa kesemua Datin bermacam-macam bunyi gelak kedengaran. W sempoi orangnya. Dia buat ikut ‘kepalanya’ sendiri seperti dia sudah kenal lama datin-datin itu.
 
Datin A punya perangai buruk, suka bercerita dengan orang, konon asetnya banyak di London. Rumahnya pun disewa, paling I tak boleh tahan bila dia selalu bergaduh dengan orang kaunter tiket flight, kononnya beli business class tetapi rupa-rupanya economy sahaja. W mengajuk lakonan Datin A memarahi lelaki kaunter tiket sambil meminta izin Datin Laila pinjamkan beg tangan LV yang dibimbitnya untuk melakonkan babak watak Datin A di airport.
 
Kata W, Datin A memang tasteless, rambut perang kembang kering, sekali tengok macam Sinba The Lion King, suka pula memakai baju warna terang, betis dah macam ayam KFC berani mati pakai legging corak kuda belang, orang yang melihat pun boleh pening. I pun rasa macam nak bagi dia cermin panjang suruh dia tengok rupa di cermin lama-lama. Melihat lakonan W yang dipertonton, riuh rendah tergelak-gelak, datin di situ meminta izin ke tandas gara-gara tidak tahan sakit perut melihat aksi W menjadi Datin A.
 
Paling I malu sangat, bila seorang penyanyi tanya kepadanya, berapa harga beg LV yang dibimbitnya. Mulalah dia ‘propa’ mengatakan begnya berpuluh ribu.
 
“Cantik beg you, berapa you beli?” tanya penyanyi itu. “Oh, I beli LV ni kalau tak silap puluh ribu,” kata Datin A dengan bangga. “Oh…ada certificate? Boleh I tengok?,” kata penyanyi itu semula, sengaja mahu memalukan Datin A di depan W. “Come on… takkan I nak bawa certificate beg ni ke sana ke mari,” jawab Datin A. Hakikatnya penyanyi itu tahu dia menipu, dia sahaja tanya untuk melihat berapa besar ‘propa’ Datin A itu.
 
Apalagi penyanyi itu yang juga mengenali W mengumpat di BBM. “Pleaselah, ‘propa’nya dia… Beg LV yang dia bawa itu dalam Malaysia ini hanya Datuk Siti Nurhaliza dan datin berbangsa Cina itu sahaja yang pakai buat masa ini. Aku berani kerat jari, dia tak mampu beli beg itu. Tolonglah jangan ‘propa’… rimasnya aku.”
 
Kalau selalu ‘propa’ selalulah ‘kantoi, mahu dijadikan cerita, pergi shopping, Datin A dengan bangga membimbit beg LV yang sama, entah macam mana ketika W berjalan dengannya, terdengar bunyi skru terjatuh, berguling-guling di lantai, pucat mukanya tetapi pandai cover line. “Jatuh pula skru, terlupa nak bawa certificate kalau tak boleh hantar repair,” sambil memungut semula skru beg LV yang tertanggal itu. Helo…kalau yang original mana boleh tercabut skru, maknanya kau punya LV fake. Kesian, W memang tidak dapat kawal perasaan, di situ juga dia tertawa, apalagi Datin A terus tersentap.
 
Datin-Datin yang khusyuk mendengar cerita W, masih lagi bertenaga, tergelak mengilai-ngilai mengalahkan puntianak, melihat lakonan semula W, benar-benar lucu tidak tahu nak kata apa. Itulah punca mengapa W berhenti kerja sebagai PA Datin A kerana sudah tidak tahan dengan sikap ‘propa’ Datin A yang semakin lama, semakin hangat. Duduk rumah banglo katanya dibeli jutaan ringgit, rupanya hanya sewa. Bila ada wartawan buat sesi fotografi liputan rumah terbuka Hari Raya, selaku produser dia menunjukkan bagasi dan trunk LV, bagai melimpah-limpah kemewahan, hakikatnya semua itu hanya palsu. Ralit kami terhibur dengan jenaka W, sedar tak sedar rupanya kami pulang ke rumah hampir Subuh.
 
“Kalau dia minta kerja dengan kau mahu ambil dia?” tanya aku berseloroh di dalam kereta. “He’s so funny, Serious… I gelak macam nak pengsan tadi. Gelak pecah perut. He’s so crazy… dia memang joker terbaiklah malam ini. Sekurang-kurang ada juga hiburan, tidaklah kita stres. Tapi kalau aku, takut orang begitu, kalau boleh tak mahu jumpa lagi, He can give you negative vibes,” ujarku “Come on..we are human, nobody is perfect. Kau ini kenapa? Tadi orang tu buat lawak kau juga ketawa paling kuat, menghentak-hentak kaki, suddenly you say like this. Awkward!,” Balas Suzzane “Yeah… I know. Tapi, kita tidak boleh percaya orang yang kali pertama bertemu sudah bercakap buruk hal orang lain, one day, he or she akan cakap buruk pasal kita pula. Think about it!” Balas aku lagi. “Hey..hey don’t take it seriously, chill la. I setuju dengan you. Inilah dunia, many fake people around here. Si W itu pun sekarang mengikut ke hulu-ke hilir madu Datin A. Apa yang you nak herankan pun, banyak sangat orang macam itu zaman sekarang ini.”
 
Mulai hari itu perkataan ‘propa’ itu sudah menjadi lawak di Twitter sesama datin. Pendek kata setiap kali mention di dalam Twitter pasti ditulis perkataan ‘propa’. Malah ada juga datin yang ‘addicted’ to Twitter yang setiap masa telefon ada di genggaman, bosan seorang di rumah sebab suami balik ke rumah madu, lalu ditulis di dalam Twitter ‘#DatinPropalahkau’ semua yang mengalami sejarah hitam dengan Datin A tidak melepaskan peluang meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebaris dua ayat berbisa berbentuk dialog-dialog di dalam twitter. Itu impaknya teknologi. Kalau dulu-dulu nak mengumpat berdiri di tingkap sahaja tetapi sekarang mengumpat hanya mengunakan hujung jari. Beberapa saat sudah dibaca dan di RT dan favourite beribu follower.
 
“I ingat hendak hadiahkan Datin A cermin, dia tak tahu kita mengumpat dia tetapi dia juga join. Malah Datin A juga turut serta tweet sama tetapi rakan-rakannya yang lain hanya tergelak sahaja. Suzzane juga sudah pandai mengunakan ‘ayat selenga’ itu sebagai dialog hariannya. Pantang sahaja aku menolak pelawaan dia, mulalah ayat yang terpacul keluar dalam mulutnya “you jangan nak ‘propa’” Haish… aku sudah letih mendengarnya.
 
Puas agaknya hati W meluahkan segala yang terbuku di hatinya dengan perangai Datin A. Bila teringat lawak si W itu, tersenyum-senyum aku dibuatnya. Berbakat sungguh si W, dia sepatutnya tidak sesuai jadi PA tetapi cuba bakat jadi pelawak, masuk Raja Lawak mungkin ada tempatnya di situ. Setiap orang ada karakter dan bakat. Jika si W, berbakat menghiburkan orang, lawak mengumpat orang itu juga bakat. Begitu juga Datin A, dia juga punya bakat berani ‘propa’. Malam itu sungguh panjang bagai menonton di layar perak mengenali tiga watak berbeza karakter tetapi berkait di antara satu sama lain dengan sikap mereka yang penuh warna. Ya, dan aku di situ malam itu seperti wartawan hiburan yang dijemput menonton sebuah filem Melayu yang berdurasi tiga jam lebih melihatnya, terhibur dan diberi tugas membuat rumusan dan menulis di sini.
 
 

See also
Datin X: Hamilkan Pembantu Rumah